Utusan Borneo (Sabah)

Bambu FC akur naib juara

Liga Super Bolasepak Komuniti Labuan

- Oleh HENRY BATING

LABUAN: Bambu FC yang mengatasi mata 1312 berbanding ST Labuan pada perlawanan akhir Sabtu petang akur dengan rezeki naib juara Liga Super Bolasepak Komuniti Labuan 2018 dengan jaringan 1-2 di Kompleks Sukan Labuan.

Jurulatih Bambu FC, Rosley Hj Dahlan berkata pasukannya telah melakukan yang terbaik namun banyak cubaan cantik para pemainnya gagal menepati sasaran.

“Selepas jaringan tunggal separuh masa kedua untuk merapatkan jaringan 1-2, banyak peluang yang kami dapat tapi nasib tidak menyebelah­i pasukan kami,” kata Rosley.

Gawang Bambu FC yang bolos satu gol di separuh masa pertama dan satu lagi di separuh masa kedua dapat dirapatkan oleh jaringan Nikwan Zailey Rosley di minit ke-79.

Beberapa minit kemudian sepakan bebas bekas pemain belia Kuala Lumpur bawah 19 tahun, Mohd Vidi dari luar kotak penalti berjaya menewaskan penjaga gawang ST Labuan namun nasib tidak menyebelah­i apabila sepakan itu melambung terkena palang gol.

Rosley, 49, yang turut menyarung jersi bersama para pemain Bambu FC memperoleh kesempatan menjaringk­an gol pada minit ke-10 dan ke-23 namun tersasar keluar gawang.

Turut menyaksika­n perlawanan ialah pengurus pasukan Bambu FC, Pijan Dawania yang akur dengan rezeki pasukannya menjadi naib juara meski sebelum perlawanan pasukan itu sudah berada di tangga teratas carta.

Menyusul di tempat ketiga liga super itu ialah Bekakai FC dari Patau Patau dengan kutipan mata 13. Turut beraksi dalam Bolasepak Komuniti Labuan ialah Liga Perdana.

 ??  ?? NIKWAN (duduk tengah) penjaring tunggal Bambu FC.
NIKWAN (duduk tengah) penjaring tunggal Bambu FC.
 ??  ?? PENGURUS pasukan ST Labuan memberi kata-kata perangsang selepas permainan separuh masa pertama.
PENGURUS pasukan ST Labuan memberi kata-kata perangsang selepas permainan separuh masa pertama.
 ??  ?? PIJAN (bersongkok) bersama para pemain Bambu FC sebelum turun perlawanan separuh masa kedua.
PIJAN (bersongkok) bersama para pemain Bambu FC sebelum turun perlawanan separuh masa kedua.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia