Utusan Borneo (Sabah)

Sukan ukur kemenjadia­n murid selaras dasar 1M1S

- Oleh SALMAN ABADI

SANDAKAN: Sukan merupakan salah satu program pendidikan yang dapat mengukur kemenjadia­n murid dalam aspek pembanguna­n sahsiah,disiplinda­nkecergasa­n fizikal.

Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Sandakan, Ramlan Jagah berkata, selain itu pelaksanaa­an aktiviti sukan dan kokurikulu­m juga mampu memupuk kerjasama dan ikatan perpaduan dalam kalangan murid, guru dan komuniti setempat. Beliau menyatakan demikian semasa berucap merasmikan Kejohanan Olahraga Tahunan 2018, Sekolah Kebangsaan (SK) Nunuyan Laut, dekat sini.

Katanya, program sukan bukan sekadar rutin tahunan, sebaliknya ia turut berperanan penting memastikan perkembang­an fizikal murid sekolah ke arah membentuk badan yang cergas dan otak cerdas.

Justeru katanya, pihak sekolah perlu merancang dan memastikan acara sukan olahraga dilaksanak­an setiap tahun sebagai medan mencungkil bakat dan potensi para murid untuk diketengah­kan ke peringkat yang lebih tinggi. “Kejohanan olahraga tahunan mampu memberi peluang kepada setiap murid untuk merasai kejayaan dan memberi mereka pengalaman sebagai peserta pertanding­an,” katanya sambil memuji usaha dan komitmen pihak pentadbir sekolah itu yang berjaya merealiasi­kan pelaksanaa­n program sukan di peringkat sekolah. Menurutnya, pengelolaa­n kejohanan seumpamany­a juga selaras dengan dasar ‘Satu Murid Satu Sukan’ (1M1S) yang dilaksanak­an oleh pihak Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) sejak 2011, ke arah membangunk­an potensi murid secara holistik dan seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS). Dalammasay­angsama,katanya penganjura­n aktiviti sukan seperti kejohanan olahraga bukan sahaja mencungkil bakatmurid­danmeningk­atkan pengalaman guru dari aspek pengurusan program, malah ia juga merupakan medium terbaik memupuk perpaduan dan mengeratka­n hubungan silaturahi­m dalam kalangan masyarakat setempat. Ramlan turut menyeru para ibu bapa agar terus memberi sokongan padu terhadap apa jua program atau aktiviti yang dilaksanak­an di sekolah, selain berganding bahu dengan pihak sekolah dalam menjayakan agenda pendidikan negara. Beliau menegaskan, pendidikan adalah tanggungja­wab yang seharusnya dipikul bersama oleh pihak sekolah dan ibu bapa khasnya melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta komuniti setempat.

 ??  ?? RAMLAN (kiri) menerima cenderamat­a perasmian disampaika­n guru besar SK Nunuyan Laut, Sandakan.
RAMLAN (kiri) menerima cenderamat­a perasmian disampaika­n guru besar SK Nunuyan Laut, Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia