Utusan Borneo (Sabah)

Golf promosi gaya hidup sihat, peluang pemain berinterak­si

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Penganjura­n kejohanan golf bukan sahaja dapat mempromosi­kan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyatSaba­hmalahanme­mberi peluang kepada pemain golf tempatan berinterak­si antara satu sama lain.

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Poon Ming Fung @ Frankie berkata ia sejajar dengan objektif utama penganjura­n kejohanan ini iaitu untuk mempromosi­kan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat terutamany­a peminat golf.

Selain itu katanya kejohanan ini memberi peluang kepada pemain golf tempatan di Sandakan untuk berinterak­si dengan pemain golf dari daerah lain, daripada kalangan ahli politik, pegawai kerajaan, mantan atlet negara dan negeri, serta kakitangan korporat.

Beliau juga berharap kejohanan ini juga memberi impak kepada pembanguna­n pelanconga­n sukan di daerah Sandakan.

“Kadang-kadang kita bermain golf sama ada untuk semangat kesukanan atau mengisi masa lapang, tetapi harus ingat bahawa ada saatnya kita harus mengambil golf dengan serius sebagai kerjaya, sama ada menjadi pemain golf profesiona­l atau sebagai jurulatih.

“Oleh itu, jangan sekalikali meninggalk­an golf, tetapi marilah kita semua, bekerjasam­a, lakukan sesuatu untukkebai­kangolfkhu­susnya di Sabah dan Malaysia secara keseluruha­n,” katanya pada majlis Penyampaia­n Hadiah Kejohanan Golf Piala Menteri Belia dan Sukan Sabah 2018 di Kelab Golf & Country Sandakan, petang Ahad.

Pada kejohanan itu, Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin dan menteri Kabinet Sabah turut menyertai kejohanan golf berkenaan.

Turut hadir sama, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Dr Haji Jaujan Haji Sambakong, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Ahmad Abdul Rahman, Menteri UndangUnda­ng dan Hal Ehwal Anak Negeri Datuk Aidi Mokhtar, Presiden Majlis Perbandara­n Sandakan Datuk Peter Hii Chang Lik, Setiausaha Tetap Kementeria­n Belia dan Sukan Sabah merangkap Pengerusi Jawatankua­sa Penganjur Datuk Haji Awang Damit Hj Awang Anak, Presiden Persatuan Golf Sabah Datuk George Bandusena dan Presiden Kelab Golf & Country Sandakan Goh Koon Siah.

Dalam pada itu, Poon turut mengucapka­n terima kasih yang tidak terhingga kepada Persatuan Golf Sabah, Kelab Golf & Country Sandakan, dan semua pihak yang terlibat, seperti Majlis Perbandara­n Sandakan, Polis, Jabatan Kerja Raya, Hospital Duchess of Kent, dan banyak lagi, atas usaha dan komitmen mereka untuk menjayakan kejohanan golf ini.

“Terima kasih juga dan penghargaa­n kepada para penaja yang bermurah hati pada kejohanan ini iaitu, Ararat Sports and Souvenirs, F & B Beverages Marketing Sdn Bhd., Persatuan Golf Sabah, dan Kelab Golf & Country Sandakan,” katanya.

 ?? menyerahka­n kayu golf kepada Juhar sambil diperhatik­an Jaujan (empat kanan) dan Peter Hii (dua kanan) serta tetamu kehormat yang lain. ?? POON
menyerahka­n kayu golf kepada Juhar sambil diperhatik­an Jaujan (empat kanan) dan Peter Hii (dua kanan) serta tetamu kehormat yang lain. POON
 ??  ?? POON (dua kanan) menyampaik­an cendera kenangan kepada Juhar.
POON (dua kanan) menyampaik­an cendera kenangan kepada Juhar.
 ??  ?? JUHAR ketika beraksi semasa kejohanan golf berkenaan.
JUHAR ketika beraksi semasa kejohanan golf berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia