Utusan Borneo (Sabah)

SK Kolapis tunjuk bakat di Imago

Menjuarai Pertanding­an Show Your Talent sempena Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia

-

AKTIVITI kesenian dan kebudayaan memainkan peranan penting di dalam membentuk sahsiah dan jati diri murid. Penglibata­n murid dalam aktiviti seni dan kebudayaan sangat penting dan memberi kesan positif ke atas perkembang­an diri serta kemajuan akademik mereka.

Kepelbagai­an budaya yang datang dari setiap pelosok negara turut mencorakka­n lagi landskap kebudayaan dan kesenian di Malaysia.

Dalam hal ini, aktiviti seni dan kebudayaan yang dapat melibatkan murid adalah penting dalam membentuk murid yang memenuhi enam aspirasi murid dalam Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 hingga 2025.

Bagi memaksimum­kan pencapaian itu, sebagai seorang murid yang berdaya saing dan tabah menghadapi cabaran, kemahiran komunikasi mereka juga turut terserlah di mana hubungan mereka secara personal dan interperso­nal dapat ditingkatk­an lagi sejajar dengan nilai empati, harmoni dan pemahaman sesama insan yang lain di sekolah.

Bagi mencapai matlamat dalam membentuk sahsiah dan jati diri murid Sekolah Kebangsaan (SK) Kolapis Beluran baru-baru ini telah menyertai Pertanding­an ‘Show Your Talent’ Kategori A (612 tahun) sempena Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia Peringkat Negeri Sabah.

Sambutan Hari KanakKanak Sedunia Peringkat Negeri Sabah yang dianjurkan oleh Jabatan Perkhidmat­an Kebajikan Am Negeri Sabah telah berlangsun­g di kompleks beli-belah Imago Kota Kinabalu.

SK Kolapis telah mendapat johan bagi Pertanding­an ‘Show Yout Talent’. Kemenangan yang dirai adalah melalui persembaha­n tarian tradisonal yang dipertaruh­kan dalam pertanding­an berkenaan.

Pertanding­an itu turut mendapat 15 penyertaan dari beberapa daerah di negeri ini. Dalam pertanding­an itu, SK Kolapis telah menghantar dua pasukan iaitu Kolapis Dance Club A dan Kolapis Dance Club B yang mana, Kolapis Dance Club A mendapat johan dan Kolapis Dance Club B mendapat saguhati dalam pertanding­an itu.

Guru Besar SK Kolapis Jaisim Sarongkai berbangga dengan kejayaan dan pencapaian kedua-dua pasukan itu. Beliau juga berharap kejayaan itu akan menjadi pembakar semangat guru dan murid untuk berusaha dan memperoleh kejayaan demi kejayaan pada masa akan datang.

“Melalui penyertaan ini, murid-murid SK Kolapis secara tidak langsung dapat mengembang­kan lagi seni budaya dan warisan mereka. Selain itu, ia juga dapat merakyatka­n seni budaya dan warisan ke peringkat akar umbi.

“Penyertaan murid SK Kolapis ini berjaya memupuk semangat cintakan seni budaya dan warisan dalam kalangan murid serta membentuk disiplin murid dan insan yang mempunyai emosi seimbang, kreatif serta inovatif,” katanya.

Kumpulan Kolapis Dance Club dibimbing oleh dua jurulatih iaitu Muhammad Muhidin Samsudin dan Norhafizah Thani. Para ahli kumpulan terdiri daripada murid-murid tahun 4 hingga tahun 6 SK Kolapis.

“Syabas dan terima kasih kepada semua murid, guru, Anggota Khidmat Sokongan (AKP) dan ibu bapa murid terutama sekali kedua-dua jurulatih tarian sekolah atas usaha gigih sehingga membuahkan hasil,” kata Jaisim.

Penyertaan murid SK Kolapis ini berjaya memupuk semangat cintakan seni budaya dan warisan dalam kalangan murid serta membentuk disiplin murid dan insan yang mempunyai emosi seimbang, kreatif serta inovatif.

JAISIM SARONGKAI Guru Besar SK Kolapis

 ??  ?? JAISIM (duduk, tengah) bersama barisan penolong kanan dan murid-murid Kumpulan Kolapis Dance Club.
JAISIM (duduk, tengah) bersama barisan penolong kanan dan murid-murid Kumpulan Kolapis Dance Club.
 ?? KUMPULAN Kolapis Dance Club bersama pegawai pengiring dari Jabatan Kebajikan Daerah Beluran. ??
KUMPULAN Kolapis Dance Club bersama pegawai pengiring dari Jabatan Kebajikan Daerah Beluran.
 ??  ?? KOLAPIS Dance Club A memperoleh tempat pertama dalam Pertanding­an Show Your Talent.
KOLAPIS Dance Club A memperoleh tempat pertama dalam Pertanding­an Show Your Talent.
 ??  ?? (Gambar atas) KUMPULAN Kolapis Dance Club bersama jurulatih Muhammad Muhidin (kiri) dan Norhafizah (kanan).
(Gambar atas) KUMPULAN Kolapis Dance Club bersama jurulatih Muhammad Muhidin (kiri) dan Norhafizah (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia