Utusan Borneo (Sabah)

DUSN Lifestyle tawar pakej percutian hanya RM150

-

APABILA bercerita atau ingin merancang untuk pergi melancong sama ada di dalam atau luar negeri, sudah pasti akan terlintas dalam fikiran soal perbelanja­an kos melancong yang sangat tinggi.

Apatah lagi, melancong bersama-sama keluarga sudah pastinya memerlukan perbelanja­an yang sangat besar.

Kos perbelanja­an untuk melancong merupakan punca utama yang akhirnya rancangan untuk melaksanak­annya bersama keluarga terpaksa dibatalkan atau ditangguh.

Berbeza dengan Syarikat De United Social Network atau lebih dikenali sebagai DUSN Lifestyle Sdn Bhd yang hanya menawarkan pakej pelanconga­n serendah RM150 kepada ahli yang melayakkan mereka menyertai trip pelanconga­n di dalam dan luar negeri.

DUSN Lifestyle mula beroperasi pada tahun 2016 di negara ini yang mana syarikat itu memperkena­lkan Program Mylifestyl­e 100 yang memberi peluang percutian kepada ahli untuk melancong di 12 negara seperti Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei, India, Sri Lanka, Kemboja, Vietnam, China dan Korea di bawah pengurusan De Nur Fatihah Marketing.

Syarat utama untuk melayakkan menyertai trip pelanconga­n ini ialah hanya perlu menjadi ahli dengan bayaran sebanyak RM150 serta membawa lima rakan ke Program Mylifestyl­e 100.

Baru-baru ini, seramai 84 orang telah menyertai trip pelanconga­n di Pulau Manukan dan sekitar Bandaraya Kota Kinabalu.

Menurut Imaculate Lata Francis, salah seorang penyelaras kepada rombongan ke Pulau Manukan, dalam tahun ini syarikat itu telah pun melaksanak­an sebanyak 21 percutian di pelbagai negara di mana setiap trip melibatkan seramai 80 hingga 350 peserta.

Katanya, percutian yang berlangsun­g pada 9-11 November itu merupakan percutian pertama kepada ahli yang layak di peringkat tahap 1 di mana, trip ke Pulau Manukan pada kali ini syarikat telah menaja tiga peserta orang kurang upaya (OKU) dari Kompleks Latihan dan Pemulihan OKU Kimanis, Papar.

Sementara itu, CEO DUSN Lifestyle Muhamad Shazlan Abdullah berkata walaupun syarikat itu baru wujud pada tahun 2016 namun, penerimaan dan sambutan masyarakat terhadap program berkenaan sangat memberangs­angkan.

Katanya, program itu berkongsep­kan ‘Member get member’ yang bercirikan Customer Relationsh­ip Marketing (CRM).

Syarikat menggunaka­n kongsep perniagaan korporat kerana di setiap negara mempunyai Country Regional Director, Regional Director, State Director, Panel Syarikat dan penceramah yang membantu urusan pemasaran serta kepentinga­n ahli.

Selain dapat melancong dengan hanya membayar RM150, para peserta juga akan memperoleh­i bonus melalui konsep ‘affiliate’ dengan hanya memperkena­lkan program itu kepada lima rakan ataupun keluarga sendiri.

“Bagi peserta yang layak untuk melancong, mereka turut diberi skim perlindung­an insurans kemalangan selama setahun berjumlah RM20,000.

“Bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut berkaitan program syarikat ini, bolehlah hadir dalam sesi pencerahan pada setiap hari Rabu jam 7.30 petang di Hotel Seri Perkasa Kg Ayer, Kota Kinabalu atau datang sendiri di Pejabat DUSN Lifestyle Sdn Bhd Cawangan Tamparuli dan Pejabat DUSN Lifestyle Sdn Bhd Cawangan Sandakan,” katanya.

 ??  ?? PARA peserta merakamkan gambar kenangan di pekarangan Menara Tun Mustapha sebelum bertolak ke Pulau Manukan.
PARA peserta merakamkan gambar kenangan di pekarangan Menara Tun Mustapha sebelum bertolak ke Pulau Manukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia