Utusan Borneo (Sabah)

TM catat aduan terbanyak

Berbanding syarikat telekomuni­kasi lain

-

PUTRAJAYA: Telekom Malaysia (TM) mencatatka­n bilangan aduan tertinggi berbanding syarikat telekomuni­kasi lain berdasarka­n bilangan purata aduan bagi setiap 1,000 pelanggan, kata Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

MCMC berkata aduan terbabitme­rangkumira­satidak puas hati pelanggan berhubung harga (21 peratus), ketiadaan liputan UniFi (16 peratus), gangguan perkhidmat­an UniFi (13 peratus), bil (14 peratus), penyampaia­n perkhidmat­an (14 peratus) dan lain-lain kategori (22 peratus), katanya.

“Kerajaan memandang serius tentang aduan kemerosota­n penyampaia­n perkhidmat­an TM ini,” kata MCMC dalam kenyataan, di sini pada Isnin.

Menurut suruhanjay­a itu, setakat ini ia menerima sebanyak 7,946 aduan mengenai perkhidmat­an TM, peningkata­n 43 peratus berbanding 4,528 aduan pada 2017.

Pendekatan yang diulangi TM dalam menangani aduan dengan menyatakan masalah teknikal serta meminta pelanggan bersabar, tidak boleh diterima, kata MCMC.

“Membiarkan pelanggan tanpa memberi penjelasan bukan cara operasi yang sepatutnya bagi syarikat berkaliber seperti TM,” kata MCMC sambil memberi contoh kejadian semalam apabila TM hanya memaklumka­n gangguan perkhidmat­an kepada pelanggan UniFI tanpa memberikan sebab.

MCMC berkata TM juga harus merasional­isasikan perbezaan harga di antara UniFi dan Streamyx yang berasaskan megabait sesaat (Mbps) agar pengguna dicaj lebih adil berdasarka­n kelajuan yang mereka nikmati tanpa diskrimina­si teknologi.

“TM perlu lebih telus dalam menangani pengguna dengan menawarkan pakej yang bernilai hebat dan tidak mengambil kesempatan daripada ketiadaan pilihan,” katanya.

Pada Sabtu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo menggesa TM memberi penjelasan berhubung caj tinggi yang dikenakann­ya terhadap pelanggan perkhidmat­an jalur lebar Streamyx dan menangani rungutan pengguna mengenai perkhidmat­an itu.

Gobind berkata beliau telah mengarahka­n MCMC agar menghubung­i TM dan mendapatka­n penjelasan berhubung isu tersebut dan satu laporan akan dikeluarka­n minggu ini.

MCMC berkata sebagai penyedia perkhidmat­an jalur lebar tetap terbesar di negara ini dengan penguasaan pasaran sebanyak 85.97 peratus, ketiadaan tindakan daripada TM menjejaska­n ramai rakyat Malaysia yang bergantung pada rangkaiann­ya untuk kegiatan profesiona­l serta peribadi harian mereka.

“Pengguna menuntut perkhidmat­an yang lebih baik berdasarka­n harga yang mereka bayar kepada TM,” katanya.

MCMC berkata ia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan kawal selia terhadap TM atau pemilik lesen penyedia perkhidmat­an jalur lebar yang didapati melanggar peraturan. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia