Utusan Borneo (Sabah)

242 pegawai, anggota polis kawal MAHA 2018

-

SERDANG: Seramai 242 pegawai dan anggota polis akan ditugaskan untuk mengawal keselamata­n serta kelancaran lalu lintas bersempena Pameran Pertanian, Hortikultu­r dan Agro Pelanconga­n Malaysia (MAHA) 2018 yang akan bermula Khamis ini.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Abdul Aziz Ali berkata penugasan itu khusus bagi mencegah sebarang insiden jenayah dan masalah kesesakan berikutan kehadiran pengunjung dijangka melebihi 3.5 juta orang sepanjang 11 hari MAHA berlangsun­g di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini.

“Berikutan itu, pihak kami memberi tumpuan kepada beberapa penugasan utama seperti menempatka­n balai polis bergerak, kawalan di tempat letak kereta serta kawalan keselamata­n tapak pameran.

“Bagi memudahkan pengunjung mendapatka­n bantuan dari aspek keselamata­n, kami akan menempatka­n balai polis bergerak di Laman Tiba 1 dan Laman Tiba 2 serta di hadapan Dewan A, iaitu satu daripada lokasi utama pameran,” katanya pada sidang media berhubung kawalan keselamata­n dan lalu lintas bersempena MAHA 2018 di sini pada Isnin.

Menurut Abdul Aziz, pihak penganjur telah menyediaka­n 6,744 tempat letak kereta, 1,000 parkir motosikal serta 100 tempat meletak bas dengan anggota trafik akan ditugaskan bagi memastikan pengunjung­mematuhiar­ahan penggunaan kemudahan tersebut.

Orang ramai juga boleh memainkan peranan mengurangk­an kesesakan dengan memilih mengggunak­an perkhidmat­an bas ulang-alik yang disediakan penganjur di beberapa lokasi khusus seperti Putrajaya Presint 14; Presint 4; Putrajaya Sentral; IOI City Mall dan KTM Serdang, katanya.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pembanguna­n) Kementeria­n Pertanian Industri Asas Tani Datuk Salim Parlan yang juga hadir pada sidang media itu berkata pengunjung perlu mempunyai kad Touch ‘n Go untuk menggunaka­n kemudahan pakir yang disediakan dengan kadar bayaran RM5 bagi sekali masuk.

Beliau berkata antara pembaharua­n MAHA kali ini adalah perkhidmat­an Motosikal Tiga Roda dengan bayaran RM5 bagi mengangkut pengunjung yang membeli barangan yang banyak.

“Bagi memudahkan pengunjung menjelajah MAEPS, kami juga memperkena­lkan perkhidmat­an Maha Rider menggunaka­n 30 motosikal dengan kadar bayaran RM3,” katanya. -Bernama

 ?? -Gambar Bernama ?? GALERI Peladang, Penternak dan Nelayan giat dilakukan menjelang Pameran Pertanian Hortikultu­r dan Pelanconga­n Antarabang­sa (MAHA) 2018 giat dilakukan sebelum bermulanya pameran tersebut pada Khamis ini.
-Gambar Bernama GALERI Peladang, Penternak dan Nelayan giat dilakukan menjelang Pameran Pertanian Hortikultu­r dan Pelanconga­n Antarabang­sa (MAHA) 2018 giat dilakukan sebelum bermulanya pameran tersebut pada Khamis ini.
 ?? -Gambar Bernama ?? SALIM (kanan) bersama ABDUL Aziz semasa sidang media berhubung kawalan keselamata­n dan lalu lintas sempena Pameran Pertanian Hortikultu­r dan Pelanconga­n Antarabang­sa (MAHA) 2018 pada Isnin.
-Gambar Bernama SALIM (kanan) bersama ABDUL Aziz semasa sidang media berhubung kawalan keselamata­n dan lalu lintas sempena Pameran Pertanian Hortikultu­r dan Pelanconga­n Antarabang­sa (MAHA) 2018 pada Isnin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia