Utusan Borneo (Sabah)

JPJ Kelantan sita 18 kenderaan salah guna lesen

-

KOTA BHARU: Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Kelantan menyita 18 buah kenderaan dalam Operasi Khas Sempadan atas pelbagai kesalahan termasuk menyalahgu­nakan Lesen Kenderaan Motor (LKM) Persendiri­an kepada kenderaan perdaganga­n.

Pengarah JPJ Kelantan Mahasan Mustapha berkata kesemua kenderaan itu adalah jenis van dan pacuan empat roda yang membawa muatan buahbuahan, sayuran dan ikan dari negara jiran.

Siasatan awal mendapati hampir 90 peratus pemandu kenderaan itu adalah warganegar­a jiran manakala kenderaan yang digunakan juga dalam keadaan usang termasuk lampu isyarat rosak, tiada lampu brek ketiga selain pengelap cermin tidak berfungsi, katanya pada sidang media, di sini pada Selasa.

Beliau berkata JPJ menjalanka­n risikan selama seminggu sebelum melaksanak­an operasi pada 5 pagi tadi selama tiga jam melibatkan 37 anggota yang diketuai Timbalan Pengarah JPJ negeri Mohd Apandi Jusoh.

Kenderaan terbabit ditahan di Simpang Empat Salam dan Lubok Stol, Pasir Mas, katanya.

Mahasan berkata antara kesalahan yang dikesan dalam operasi berkenaan adalah menyalahgu­nakan LKM iaitudibaw­ahSeksyen 23(2) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

Kesalahan lain adalah nombor pendaftara­n tidak mengikut spesifikas­i, ubah suai bentuk dan peralatan kenderaan (menanggalk­an tempat duduk belakang), tidak selenggara kenderaan serta lain-lain kesalahan teknikal lain.

“Tindakan pihak ini sebenarnya amat membimbang­kan kerana selain boleh membahayak­an diri sendiri, mereka juga boleh menyebabka­n kemalangan kepada pengguna jalan raya yang lain,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia