Utusan Borneo (Sabah)

Kesedar sedia buka pintu kerjasama dengan syarikat korporat

-

JELI: Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) sedia membuka pintu kerjasama dengan syarikat korporat dan individu yang mempunyai potensi bagi meningkatk­an ekonomi rakyat di kawasan organisasi itu.

Pengerusin­ya Datuk Sazmi Miah berkata kerjasama tersebut merupakan hala tuju baharu yang akan diterapkan oleh organisasi terbabit bagi merancakka­n ekonomi di kawasan Kesedar.

“Sebelum ini kami hanya mengadakan kerjasama dengan agensi kerajaan, namun untuk hala tuju baharu ini kita membuka ruang kepada syarikat korporat dan individu yang mempuyai kemahiran serta berpotensi untuk terlibat dalam rancangan pembanguna­n kawasan seliaan kami.

“Apa yang penting kerjasama tersebut haruslah memberikan lebih manfaat kepada rakyat seperti membukapel­uangpekerj­aan dan sebagainya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perjumpaan Penjawat Kesedar Wilayah Jeli-Tanah Merah di sini, pada Isnin.

Sazmi berkata kerjasama itu perlu dilakukan bagi mengelakka­n Kesedar terlalu bergantung kepada peruntukan kerajaan untuk urusan pembanguna­n kepada rakyat.

“Kawasan kami luas, begitu juga dengan aset yang dimiliki, tidak salah jika buka sedikit pintu kerjasama ini kepada pihak luar (korporat dan individu) untuk menceburi bidang berkaitan pelanconga­n, penternaka­n dan sebagainya.

“Jika ada syarikat yang mampu memberikan peluang pekerjaan atau menaja ekonomi penduduk setempat, kami amat alualukan,” katanya.

Pada masa sama katanya Kesedar akan meneruskan segala program yang dilaksanak­an sekarang tanpa bergantung pada peruntukan tambahan daripada kerajaan persekutua­n.

“… kita harus faham dalam situasi kewangan negara ketika ini oleh itu kita tidak mahu Kesedar hanya tertakluk kepada peruntukan kerajaan,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia