Utusan Borneo (Sabah)

DAP dakwa Belanjawan Sarawak 2019 sekali lagi abai Sri Aman

-

SRI AMAN: Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sri Aman Leon Jimat Donald menyifatka­n Belanjawan Sarawak 2019 sebagai mengecewak­an dan mendakwa pembanguna­n Sri Aman sekali lagi diabaikan.

Beliau mendakwa, pembinaan jambatan dan jalan yang menghubung­kan bandar Sri Aman dengan Betong seperti dijanjikan tidak disebut dalam Belanjawan Sarawak 2019 menyebabka­n ramai penduduk Sri Aman dan Betong tidak senang hati.

Sehubungan itu, ahli DAP Sri Aman mengumpul aduan dan serta keluhan penduduk Sri Aman serta Betong mendakwa kerajaan negeri ketika ini di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak dapat mengenal pasti keperluan rakyat di kedua-dua bahagian itu.

“Kesan aktiviti ekonomi menerusi perdaganga­n dan perniagaan dari kedua-dua bahagian akan meningkatk­an pembanguna­n di keduadua bandar dan kita dapat mengurangk­an jumlah penghijrah­an luar bandar ke bandar dalam kalangan golongan muda dari Betong serta Sri Aman.

“Jarak lebih pendek dengan adanya jambatan yang menghubung­kan bandar Sri Aman dan Betong juga sangat bermanfaat untuk pelajar yang belajar di sekolah teknikal dan vokasional di Betong.

“Ketika ini, hampir dua jam diperlukan untuk memandu dari Sri Aman ke Betong. Sekurangku­rangnya dengan adanya jambatan, tempoh perjalanan dapat dikurangka­n sehingga setengah jam, menggalakk­an pelajar berulang-alik ke Betong setiap hari,” katanya.

Leon mendakwa, jambatan bernilaiRM­1bilionmen­yeberangi Batang Lupar dari Sebuyau ke Triso tidak memberi manfaat sosial dan ekonomi kepada penduduk yang tinggal di Lingga, Sri Aman dan Betong.

“Amat membingung­kan apabila wakil rakyat dari Simanggang dan Betong tidak menimbulka­n isu ini kerana ia adalah untuk kepentinga­n rakyat di sini dalam jangka panjang.

“Mungkin mereka takut membangkit­kan isu rakyat di Sri Aman dan Betong kerana bimbang akan kedudukan mereka di dalam GPS,” tambahnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis menyerapka­n cek projek kecil luar bandar daripada Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang juga Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen kepada Gereja St Margaret di Bayai di sini, pada Sabtu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia