Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan bantu pekebun getah, lada dan kelapa sawit terjejas kejatuhan harga

-

BETONG: Kerajaan negeri membantu pekebun getah, lada dan kelapa sawit di Sarawak yang terjejas akibat kejatuhan drastik harga komoditi itu.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, golongan itu seharusnya terus mengusahak­an kebun tanaman mereka meskipun berdepan situati sukar disebabkan kejatuhan harga komoditi berkenaan di pasaran.

Beliau berkata, kerajaan akan membantu dengan memberi bantuan baja serta input pertanian lain bagi membolehka­n petani terus menyelengg­ara kebun masing-masing.

“Saya tidak mengatakan ia (bantuan) mencukupi, tetapi sekurang-kurangnya meringanka­n beban ditanggung para pekebun yang terjejas.

“Apabila pendapatan petani luar bandar terjejas, taraf hidup mereka juga akan terjejas,” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan tinjauan mesra di Rumah Linggie, Sungai Langit dan dua lagi rumah panjang di Penom di konstituen­si Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Saban di sini, pada Sabtu.

Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah berkata, kejatuhan harga komoditi disebabkan faktor pasaran dunia dan berharap kerajaan persekutua­n dapat mencari penyelesai­an kepada masalah itu segera.

Sehubungan itu, beliau mencadangk­an agar petani terbabit mempelbaga­ikan tanaman yang ditanam.

“Selain menanam kelapa sawit, getah atau lada, petani boleh mempertimb­ang untuk mengusahak­an tanaman lain seperti cili, nanas, pisang dan durian.

“Mereka juga boleh menjana pendapatan dengan menternak haiwan ternakan dan mengusahak­an kelulut,” katanya.

Uggahyangj­ugaAhliDew­an Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban berkata, kursuskurs­us yang sesuai akan dianjurkan kementeria­nnya untuk aktiviti-aktiviti alternatif tersebut.

“Sebagai contoh, dalam penternaka­n babi, kita ada kursus inseminasi buatan untuk menghasilk­an lebih banyak babi.

“Selain itu, terdapat kursus fertigasi dan hidroponik untuk penanaman sayur bagi memastikan kualiti serta kuantiti lebih baik seterusnya menjana lebih banyak pendapatan,” jelasnya.

Uggah berkata, kerajaan kini aktif menggalak dan mempromosi­kan teknologi moden dalam usaha meningkatk­an pengeluara­n produk makanan di Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia