Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan negeri peruntuk RM1 juta kepada ADUN GPS laksana PPRMS

-

LIMBANG: Sebanyak RM1 juta diperuntuk­kan kerajaan negeri kepada setiap Ahli Dewan Undangan Negeri Gabungan (ADUN) Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk melaksanak­an Projek Penambahba­ikan Rumah Miskin Sarawak (PPRMS) dalam membantu golongan memerlukan di negeri ini.

Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail berkata, PPRMS satu inisiatif kerajaan negeri dalam meneruskan pelaksanaa­n program baik pulih rumah kepada golongan kurang berkemampu­an yang benar-benar perlu dibantu dan mereka yang layak.

“Kerajaan negeri di bawah GPS memberi jaminan untuk meneruskan proram baik pulihrumah­bagimering­ankan beban golongn memerlukan di Sarawak.

“Bagi tujuan itu sebanyak RM1juta akan dibelanjak­an tahun ini untuk program baik pulih rumah bagi DUN Bukit Kota,” ujarnya pada Penutupan Jelajah Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Zon Sayong, pada Sabtu.

Turut hadir ialah Wali Kota Majlis Daerah Limbang (MDL) merangkap Ketua PBB Bukit Kota Kaunselor Sufian Mohat, Naib Pengerusi PBB Bukit Kota Mohamad Abu Bakar, Ketua Kampung Sayung Latif Tujoh, Ketua Ranting Kampung Sayung Yaman Mumin dan Pengerusi KRT Tuna/Gumaya/Benuas, Adrus Tahir.

ADUN Bukit Kota itu berkata lagi, sebanyak RM15,000 diperuntuk­kan untuk setiap program baik pulih rumah melalui konsep gotong-royong mahupun melalui kontraktor.

“Bagi DUN Bukit Kota kita menggunaka­n konsep yang digunapaka­i sebelum ini melalui kontraktor yang dipilih di bawah agensi pelaksana,”katanya.

Beliau memberitah­u, bagi fasa pertama PPRSM Pusat Khidmat Bukit Kota sebanyak RM500,000 dibelanjak­an dengan memilih 42 rumah yang layak dibaik pulih.

“Fasa kedua program itu akan diteruskan untuk memilih mereka yang benarbenar layak di daerah ini,” katanya.

Beliau mahu mereka yang layak termasuk masyarakat Cina untuk datang ke Khidmat Bukit Kota untuk memohon PPRMS.

Pada majlis itu, beliau mengumumka­n peruntukan berjumlah RM100,000 di bawah Program Tranformas­i Luar Bandar (RTP) untuk pembinaan jalan pertanian dan RM70,000 bagi pembinaan jalan simen ke Dewan Kampung Sayong.

Manakala, sejumlah RM200,000 diumumkan untuk keperluan dewan sekolah SK Batu Empat dan dewan Kampung Benuas, fasa kedua berjumlah RM200,000.

 ??  ?? SEORANG warga emas menerima sumbangan yang disampaika­n oleh Dr Abdul Rahman (lapan kiri) disaksikan Sufian (empat kiri) serta tetamu lain.
SEORANG warga emas menerima sumbangan yang disampaika­n oleh Dr Abdul Rahman (lapan kiri) disaksikan Sufian (empat kiri) serta tetamu lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia