Utusan Borneo (Sabah)

Bomba berjaya siapkan program baik pulih rumah keluarga kurang mampu

-

BINTANGOR: Sebuah keluarga kurang berkemampu­an dari Kampung Abang Amin di sini nyata gembira selepas Projek Pembaikan Rumah di bawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar berjaya disiapkan dalam tempoh ditetapkan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor Nicholas Belulin berkata, kerja-kerja membaik pulih rumah tersebut disiapkan dalam tempoh 12 hari.

“Kita bangga kerana semua anggota pasukan yang terlibat dengan program ini telah memberikan kerjsama dan komitmen terbaik sepanjang kerja-kerja ini dijalankan.

“Dalam projek ini, anggota kita telah bekerjasam­a melakukan kerja-kerja membaik pulih bahagian lantai, tingkap, pintu,mengecat, membaiki atap yang bocor dan melakukan pendawaian elektik di bahagian dalam rumah,” katanya kepada media setelah selesai majlis penyerahan rumah terbabit, pada Ahad.

Pemilik rumah tersebut ialah Salleh Amban yang tinggal bersama isteri dan empat anak mereka.

Salleh Amban merupakan penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan tersenarai dalam data e-Kasih.

Turut hadir pada majlis ringkas penyerahan rumah tersebut ialah Ketua Zon 4 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak Pegawai Bomba Kanan I(PBKI) Misran Bisara, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah Alimat Sam, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei Suna Kaha, Ketua Balai Bomba Kanowit Arrahman Chik, Ketua Kampung Abang Amin Bintangor Julaihi Kassim dan Imam Surau Abang Amin Bintangor Ustaz Jaapar Majid.

 ??  ?? SEBAHAGIAN anggota bomba merakamkan kenangan di hadapan rumah Salleh.
SEBAHAGIAN anggota bomba merakamkan kenangan di hadapan rumah Salleh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia