Utusan Borneo (Sabah)

Jaga kebersihan kawasan kediaman agar bebas tempat pembiakan aedes

-

SRI AMAN: Kebersihan taman perumahan, rumahrumah panjang dan kampung perlu dipelihara agar bebas daripada tempat pembiakan nyamuk, khususnya aedes yang membawa penyakit denggi.

MenteriMud­aKesejahte­raan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis berkata, adalah tanggungja­wab Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) setiap taman perumahan, rumah panjang dan kampung untuk memastikan kawasan kediaman mereka sentiasa selesa dan terhindar daripada segala bentuk penyakit.

“Jika kawasan anda kotor, ini pasti akan mengundang pelbagai penyakit seperti denggi, taun, demam kepialu dan sebagainya sekali gus membahayak­an penduduk.

“Sebelum penyakit menjejaska­n kehidupan kita, saya menyeru ahli JKKK di setiap kawasan di daerah ini agar mengadakan program gotong-royong sekurangku­rangnya sekali sebulan,” ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Simanggang berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Program GotongRoyo­ng Wabak Denggi di Kawasan DUN Simanggang anjuran JKKK Iban dan Cina, Taman Vistagro di sini pagi Ahad.

Menurutnya, gotongroyo­ng sedemikian perlu melibatkan kerja-kerja membersihk­an persekitar­an seperti menebas rumput, memastikan aliran air tidak tidak terhalang oleh longkang tersumbat,mengumpuls­ampah sarap dan sebagainya.

“Kawasan yang tidak dibersihka­n dengan sempurna berpotensi menjadi sarang pembiakan aedes,” ujarnya sambil menambah JKKK harus mengambil inisiatif sendiri tanpa mengharapk­an kehadiran pihak berkuasa tempatan dalam penganjura­n gotong-royong.

Selain itu, Harden menegaskan aktiviti gotongroyo­ng tidak harus dianggap bermusim, sebaliknya perlu dilakukan dari semasa ke semasa, bukan menjelang sesuatu perayaan sematamata.

“Jika kawasan kita bersih, ia pasti mencermink­an sikap para penghuniny­a yang bertanggun­gjawab dan peka dengan keadaan sekeliling,” ujarnya.

Katanya lagi, beliau percaya, ramai masyarakat kini telah sedar tentang penyakitpe­nyakit berbahaya seperti demam denggi menerusi kempen kebersihan yang dianjurkan oleh pihak majlis daerah, pejabat kesihatan dan agensi kerajaan dan swasta.

“Berita tentang kempenkemp­en kebersihan menerusi media massa juga secara tidak langsung memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentinga­n menjaga kebersihan di tempat kediaman kita,” tegasnya.

 ??  ?? HARDEN (tiga kanan) berbincang sesuatu dengan penduduk Taman Vistagro sebelum bermulanya program gotongroto­ng.
HARDEN (tiga kanan) berbincang sesuatu dengan penduduk Taman Vistagro sebelum bermulanya program gotongroto­ng.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia