Utusan Borneo (Sabah)

MB Selangor sudah turun padang di empat daerah perjelas dasar kerajaan

-

SHAH ALAM: Inisiatif turun padang oleh pemimpin negeri Selangor ke daerah-daerah dalam negeri dijalankan sejak bulan Jun lepas lagi, bagi menerangka­n secara terus kepada rakyat mengenai dasar serta polisi kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata sehingga kini beliau sudah turun padang melawat empat daerah secara rasmi, yang terdiri daripada Sepang, Gombak, Hulu Selangor serta Sabak Bernam, dan program turun padang itu akan diteruskan sehingga tahun depan.

Katanya menerusi pendekatan ini kerajaan dapat menyemak semua pelaksanaa­n dasar-dasarnya di peringkat bawah, sama ada ia dilaksanak­an dengan kefahaman yang kurang atau sebagainya, selain menjelaska­n beberapa isu pokok kepada rakyat.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Simposium Radha’ah anjuran Jabatan Agama Islam Selangor di sini, sebagai mengulas ucapan ucapan penggulung­an bekas presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di hari terakhir kongres nasional PKR ke-13 pada Ahad, yang mengingatk­an pimpinan PKR di setiap peringkat khu- susnya di negeri mengenai tugas hakiki untuk menjaya dan menerangka­n kepada rakyat tentang dasar, program serta agenda kerajaan.

Mengenai pengisytih­aran Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai presiden PKR secara rasmi pada Ahad, beliau yang baru dipilih menganggot­ai Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti berkata perkara itu mempamerka­n satu konsensus yang sangat besar dalam PKR untuk meneruskan legasi reformasi.

Beliau berkata selain itu ia turut menterjema­hkan reformasi dalam pentadbira­n, sesuai dengan amanah kerajaan pusat dan negeri yang ditadbir PH sekarang ini.

Merujuk kepada pemilihann­ya mengangota­i MPP, Amirudin menyifatka­n ia sebagai satu kepercayaa­n besar yang diberikan oleh lebih 181,000 anggota PKR pada pemilihan parti barubaru ini.

“Saya percaya ia satu tanggungja­wab untuk saya turut berbakti di peringkat pusat di samping tugas mentadbir serta mengurus Selangor, dan saya agak terharu dengan sokongan begitu besar yang diberikan terhadap saya,” katanya. -Bernama

 ??  ?? AMIRUDIN (dua, kanan) menyerahka­n replika Kad Rekod Susuan kepada Norliza Abdul Rasyid (dua, kiri) sambil disaksikan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Haris Kasim (kiri) dan Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid (kanan) selepas merasmikan Simposium Radha’ah 2018 di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Shah Alam pada Isnin. -Gambar Bernama
AMIRUDIN (dua, kanan) menyerahka­n replika Kad Rekod Susuan kepada Norliza Abdul Rasyid (dua, kiri) sambil disaksikan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Haris Kasim (kiri) dan Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid (kanan) selepas merasmikan Simposium Radha’ah 2018 di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Shah Alam pada Isnin. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia