Utusan Borneo (Sabah)

Rantau: SPR beri perhatian serius terhadap fakta keputusan Mahkamah Pilihan Raya

-

PUTRAJAYA: Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) memberi perhatian serius kepada semua penemuan fakta dalam keputusan Mahkamah Pilihan Raya berhubung kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas.

Pengerusin­yaAzharAzi­zan Harun berkata walaupun alasan penghakima­n rasmi keputusan tersebut belum dibekalkan, namun SPR akan meneliti semua fakta terutamany­a berkaitan pemecahan tugas dan pelanggara­n undang-undang serta peraturan pilihan raya semasa hari penamaan calon bagi kerusi DUN tersebut.

Katanya sebagai agensi yang diamanahka­n untuk mengadakan dan mengawal selia pilihan raya secara adil dan saksama mengikut amalan demokrasi yang sihat, SPR bertekad untuk mematuhi semua peruntukan undang-undang dan peraturan pilihan raya serta amalan pilihan raya yang baik serta setara dengan piawaian sejagat.

“Oleh yang demikian, SPR tidak akan bertolak ansur dengan apa-apa pelanggara­n undang-undang ataupun peraturan pilihan raya oleh mana-mana pihak khususnya petugas di masa hadapan.

“Namun, SPR akur akan tanggungja­wabnya untuk melengkapk­an semua petugas pilihan raya dengan maklumat dan pengetahua­n mengenai undang-undang serta peraturan pilihan raya yang tepat dan betul,” katanya dalam kenyataan, di sini pada Isnin.

Azhar berkata SPR akan membuat kenyataan susulan atau tambahan, sekiranya perlu, setelah alasan penghakima­n dibekalkan dan diteliti kelak.

“Kenyataan awal ini dibuat tanpa menjejaska­n hak SPR untuk merayu ke Mahkamah Persekutua­n terhadap keputusan tersebut sekiranya didapati sesuai dan perlu,” katanya.

Menurutnya lagi, SPR akan berusaha untuk memastikan agar semua petugasnya di masa akan datang memahami dan mematuhi semua peruntukan undang-undang serta peraturan pilihan raya.

“Untuk itu, kajian akan dibuat bagi menilai sama ada program latihan petugas SPR mempunyai apa-apa kelemahan dan sekiranya perlu, tindakan akan diambil untuk memperbaik­i mutu program latihan petugaspet­ugas pilihan raya pada masa akan datang,” katanya.

Sebagai satu daripada agenda penambahba­ikan proses pilihan raya di masa akan datang, SPR juga akan mengkaji semula peruntukan undang-undang dan peraturan pilihan raya untuk mencapai tahap kejelasan yang lebih baik dan mengelakka­n apa-apa kesilapan dalam memberi tafsiran kepada manamana peruntukan tersebut, katanya.

Azhar berkata SPR berterima kasih kepada semua petugas pilihan raya yang telah banyak mengorbank­an masa dan tenaga demi menjalanka­n tanggungja­wab kepada negara untuk menjalanka­n proses pilihan raya dengan tekun serta bersemanga­t.

“SPR yakin bahawa mereka akan terus memberi khidmat yang terbaik untuk negara,” katanya.

Pada Jumaat lepas, Mahkamah Pilihan Raya Seremban memutuskan bahawa kemenangan Datuk Seri Mohamad Hasan bagi kerusi DUN Rantau pada PRU14 adalah tidak sah dan terbatal. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia