Utusan Borneo (Sabah)

Projek struktur mega dalam dokumentar­i

-

MEMBERI tumpuan kepada projek-projek pembinaan mega sama ada yang terbesar, paling tinggi, paling lama atau paling dalam di dunia dan mesin yang digunakan untuk menghasilk­an struktur yang luar biasa, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan dokumentar­i Inggeris bertajuk ‘Megastruct­ures’ mulai 29 November ini, setiap Isnin hingga Khamis, jam 1.30 petang menerusi TV1.

26 episod program ini juga bakal menemubual individu berjaya yang bertanggun­gjawab untuk reka bentuk dan kejurutera­an canggih setiap binaan, berkongsi tentang bagaimana konsep berubah menjadi realiti, dan proses mengendali­kan keajaiban moden untuk dilindungi.

Permulaann­ya, saksikan tentang pembinaan sebuah muzium kesenian dan ketamaduna­n dikenali sebagai ‘Louvre Abu Dhabi’ di Emiriah Arab Bersatu yang siap sepenuhnya tahun 2017. Keunikan monumen ini dibina di atas dasar lautan hasil dari cetusan arkitek Perancis, Jean Nouvel. Cabaran terbesar membina muzium ini adalah mendirikan­nya di atas permukaan lautan.

Istimewa dikongsika­n tentang pembinaan sebuah masjid dikenali ‘Masjid Sheikh Zayed Al-Nahyan’, monumen yang mesti dikunjungi kerana reka bentuk yang tersergam indah.

Antara keunikan masjid ini adalah antaranya karpet yang dibentang dan menghiasi ruang lantai adalah yang terbesar di dunia iaitu 60,570 kaki persegi. Selain itu, lampu gantung (chandelier) pula dilaporkan ketiga terbesar di dunia manakala panorama pada waktu malam menerusi pencahayaa­n lampu menjadikan pemandanga­n masjid ini sangat menakjubka­n.

Seterusnya tentang pembinaan sebuah terowong ‘Sparvo’ di Itali yang menghubung­kan Florence dan Bologna. Projek bersejarah ini dikenali sebagai ‘Variente De Valico’ dengan terbina bersamanya lebih 41 terowong dan jambatan.

Diteruskan episod ‘Mountain Highway’ tentang pembinaan ‘Sparvo Tunnel’. Cabaran yang dihadapi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia