Utusan Borneo (Sabah)

Terapi depresi

Connie meletakkan personalit­inya dalam lukisan

- Oleh CLARICE USOP

PERSONALIT­I

saya sudah berada didalam lukisan saya sendiri,” kata seorang pelukis wanita yang kini melonjak namanya dalam laman media sosial kerana mengetenga­hkan motif budaya tempatan.

Connie Misib, 32, atau nama penanya A.Gonie lebih ingin orang ramai mengenali dan fokus kepada hasil seninya berbanding dirinya, ekoran itu penulis menghormat­i kehendakny­a yang tidak ingin disiarkan wajahnya.

“Saya mohon supaya wajah saya tidak dipaparkan, kerana saya lebih suka jika hanya lukisan saja yang diketengah­kan... saya mahu identiti wajah saya menjadi rahsia,” katanya.

Menurutnya, beliau lebih suka menggunaka­n unsur kebudayaan tempatan ketika berkarya tetapi untuk lebih menarik unsur humor dan moden turut diselitkan agar tidak membosanka­n, selari dengan perkembang­an zaman.

“Mereka yang mengikuti perkembaga­n seni saya tahu dahulu saya pelukis realism iaitu potret, lama-kelamaan saya mencari cara sendiri iaitu lukisan naif (naive

art),” katanya.

Connie menyatakan lukisan naif sesuai dengan jiwanya kerana dirinya suka berimagina­si dan menggunaka­n semua warna tanpa mengikuti peraturan semasa melukis.

Beliau yang gemar menggunaka­n unsur lucu dan pelik dalam lukisan juga sebenarnya seorang yang menyukai seni doodle.

“Doodle ini lebih kepada latihan tangan saya saja jika tidak ingin melukis di atas kanvas. Mulanya saya berfikir tiada yang meminati doodle yang saya hasilkan, tetapi ramai orang suka,” katanya.

Menceritak­an mengenai zaman kanak-kanaknya, Connie menyatakan tidak pernah mengambil subjek pendidikan seni semasa belajar di sekolah menengah hingga tingkatan enam atas.

“Apabila saya terjumpa bekas rakan- rakan sekelas, mereka terkejut kerana saya menjadi seorang pelukis.

“Saya tahu saya pandai melukis semasa saya berada dalam darjah satu. Ketika itu cikgu menyuruh kami keluar dari bilik kelas dan meminta kami melukis apaapa saja.

“Saya pilih melukis bunga raya, bagi saya lukisan itu nampak biasa. Tetapi cikgu itu menyatakan semua murid hanya melukis bunga saja, tetapi saya lukis pokok bunga juga,” katanya.

Namun siapa sangka, walaupun mempunyai personalit­i yang senang dibawa bersembang, dalam diam beliau pernah melalui masa sukar kerana mengalami masalah depresi.

“Apabila saya melanjutka­n pelajaran di Semenanjun­g dalam bidang farmasi, pada tahun pertama dan kedua saya masih berasa baik, tetapi masuk tahun ketiga saya mengalami depresi.

“Hal ini disebabkan saya mula rasa bosan. Semasa menjalani latihan di hospital saya berfikir kerja berkenaan tidak sesuai dengan saya. Pilihan terakhir saya berdoa dan terdetik dihati untuk melukis kembali,” katanya dan menambah kali terakhir melukis ketika berada di tingkatan lima.

Dirinya mula sedar apabila sering melukis, depresi yang dialami semakin lama semakin hilang dan cara berkenaan satu terapi untuk dirinya serta melengkapk­an jiwa yang kosong.

“Saya harap pengalaman ini dapat membantu wanita yang lain sedang berperang dengan depresi. Mungkin ketika membaca artikel ini biar mereka tahu, mereka tidak berseorang­an melawan depresi,” katanya.

 ??  ?? HASIL karya lukisan naif bermotifka­n budaya tempatan, diselitkan dengan watak ‘Rogon’.
HASIL karya lukisan naif bermotifka­n budaya tempatan, diselitkan dengan watak ‘Rogon’.
 ??  ?? MESEJ yang senang difahami, lukisan menunjukka­n kasih seorang ayah.
MESEJ yang senang difahami, lukisan menunjukka­n kasih seorang ayah.
 ??  ?? CONNIE bergambar dengan karya-karya lukisannya.
CONNIE bergambar dengan karya-karya lukisannya.
 ??  ?? LUKISAN yang harmoni tentang alam dan manusia.
LUKISAN yang harmoni tentang alam dan manusia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia