Utusan Borneo (Sabah)

Masyarakat Palu terus diuji, kini dilanda banjir lumpur

-

KOTA PALU (Sulawesi): Luka akibat bencana gempa bumi dan tsunami pada 28 Sept lepas masih belum sembuh namun masyarakat Palu diuji lagi apabila beberapa kawasan di pinggir bandar itu dilanda banjir lumpur Jumaat lepas.

Antara perkampung­an yang terjejas teruk ialah Desa Bangga di Sigi kirakira 100 kilometer dari kota Palu, di sini.

Tinjauan Bernama mendapati banjir setinggi lebih dua meter itu turut membawa tanah serta pokok tumbang hingga mengakibat­kan kemusnahan yang teruk.

Ketua Kampung Desa Bangga Jalil Mahawali berkata kejadian banjir itu adalah yang terburuk sepanjang 39 tahun dia menetap di perkampung­an tersebut.

“Di Desa Bangga memang pernah berlaku banjir tetapi tidak seteruk ini hinggakan ada beberapa rumah turut dihanyutka­n banjir lumpur,” katanya kepada wartawan Malaysia ketika ditemui di perkampung­an itu di sini pada Isnin.

Katanya kejadian gempa bumi tempoh hari menyebabka­n sebahagian gunung di hulu sungai runtuh dan hujan lebat menyebabka­n sisa tanah daripada runtuhan itu turut dibawa air hujan, sekali gus menyebabka­n banjir besar tersebut.

Kejadian gempa bumi kuat dan tsunami itu dilapor mengorbank­an sekurang-kurangnya 2,000 penduduk.

Jalil berkata bencana banjir lumpur itu menjejaska­n hampir 2,000 mangsa dan menenggela­mkan lebih 300 buah rumah, namun kejadian tidak mengorbank­an nyawa.

Sementara itu seorang mangsa, Abdurrahma­n Idrus, 56, berkata dia tidak dapat melupakan kejadian melihat rumah yang dibina berhampira­n sungai ditenggela­mi air hingga mencecah bumbung.

“Kejadian berlaku pada 9 malam, Jumaat... hujan turun dengan lebat dan kurang daripada sejam tibatiba air sungai naik dengan cepat. Pada mulanya ingat hanya air biasa tetapi sangkaan saya meleset apabila melihat rumah jiran yang diperbuat daripada kayu hanyut ditelan arus deras,” katanya sambil menunjukka­n rumahnya yang dibina lima tahun lepas turut ditenggela­mi banjir lumpur.

Prihatin dengan nasib yang menimpa penduduk, Jabatan Kemajuan Malaysia Islam (Jakim) bersamasam­a Majlis Perundinga­n Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) yang masih berada di sini, bertindak menghulurk­an bantuan segera.

Timbalan Pengarah Jakim Dr Yamin Ismail berkata pihaknya dengan kerjasama Mapim sedang mengumpul data terperinci berhubung kerosakan agar bantuan secara sistematik dapat diagihkan.

Jakim dan Mapim kini dalam misi kemanusiaa­n menghantar bantuan bernilai RM2.3 juta kepada mangsa bencana gempa bumi dan tsunami di Sulawesi Tengah. Bernama

 ??  ?? PENDUDUK kampung melihat kerja kerja mendalamka­n sebatang anak sungai setelah air sungai itu melimpah serta beberapa kampung mengalami banjir lumpur di Desa Bangga. - Gambar BERNAMA
PENDUDUK kampung melihat kerja kerja mendalamka­n sebatang anak sungai setelah air sungai itu melimpah serta beberapa kampung mengalami banjir lumpur di Desa Bangga. - Gambar BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia