Utusan Borneo (Sabah)

RZSWDC buka peluang kepada pelajar sekolah pelihara sungai

-

JOHOR BAHRU: Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman Putra, Kulai muncul juara program Raja Zarith Sofiah Wildlife Defenders Challenge (RZSWDC) yang bertujuan memelihara sungai menerusi penghasila­n ‘mudball’.

Selain dinobatkan juara keseluruha­n sekolah itu turut memenangi pertanding­an melukis poster.

RZSWDC adalah cetusan idea Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah dan dianjurkan Johor Corporatio­n.

Guru pembimbing SM Tunku Abdul Rahman Putra, R. Kalyani berkata sekolahnya menghantar enam pelajar menyertai program itu yang bermula Februari lepas dengan memilih ‘Johor Mighty Rivers’ sebagai tema projek mereka. Mereka berjayamen­ghasilkanm­udball dengan kerjasama JBiotech.

Katanya sekolahnya memilih Sungai Skudai sebagai sungai angkat dan telah melihat perubahan kualiti air setelah meletakkan beberapa biji mudball dalam sungai itu.

“Selepas mengetahui bahawa mudball ini berkesan dan boleh merawat kualiti air sungai itu, kami merancang untuk meneruskan usaha ini untuk merawat air selain menjualnya.

“Mereka (pelajar) tidak mahu berhenti di situ sahaja dan sudah berdaftar sebagai rakan JBiotech,” katanya kepada pemberita pada majlis penutup RZSWDC di sini, pada Ahad.

Turut hadir Pengerusi Jawatankua­sa Penganjura­n RZSWDC, Datin Noor Laila Yahaya dan wakil rasmi Permaisuri Johor, Datin Dr Noor Azizah Abdul Latif.

Sementara itu, Noor Laila berkata seramai 132 pelajar dan 44 guru dari 22 sekolah rendah dan menengah di negeri ini menyertai program berkenaan yang bertujuan meningkatk­an kesedaran pelajar bermula dari peringkat awal untuk menghargai sungai.

Selaku juara, SMK Tunku Abdul Rahman Putra membawa pulang piala iringan, wang tunai RM10,000 dan percutian ke Perth Australia manakala tempat kedua dimenangi Sekolah Menengah Agama An Nur, Benut yang membawa wang tunai RM5,000 berserta piala iringan.

Bagi kategori Sekolah Rendah pula, juara keseluruha­n milik Sekolah Kebangsaan Bukit Hampar Segamat yang membawa pulang wang tunai RM10,000, percutian ke Perth Australia dan piala iringan manakala tempat kedua dimenangi SK Bandar Kota Tinggi yang memenangi wang tunai sebanyak RM5,000 dan piala. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia