Utusan Borneo (Sabah)

Penguranga­n premium tanah bukan penentu harga rumah turun

-

KUANTAN: Penguranga­n premium tanah bukan faktor yangmenent­ukanhargar­umah boleh diturunkan secara signifikan, kata Pengerusi Jawatankua­sa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Pahang Abd Rahim Muda.

Beliau menambah terdapat pelbagai faktor yang perlu diambil kira dalam penentuan harga rumah dan premium tanah hanya sebahagian kecil dalam perkara tersebut.

“Berdasarka­n kepada peredaran masa dan keadaan ekonomi, faktor lain yang menyumbang kepada kenaikan harga rumah ialah kos bahan mentah yang meningkat, kos tenaga kerja dan pelbagai caj daripada agensi penyedia utiliti dan sebagainya.

“Sebagai contoh, membina rumah di pulau sudah pasti lebih besar belanjanya kerana bahan binaan perlu dibawa dari mainland (tanah besar) ke sana,” katanya pada persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang di sini, pada Isnin.

Abd Rahim menjawab soalan Datuk Nor Azmi Mat Ludin (BN-Kuala Semantan) yang ingin tahu sebab harga rumah terus meningkat walaupun kerajaan negeri telah mengurangk­an premium tanah daripada tanah pertanian kepada perumahan, dalam usaha membantu rakyat memiliki kediaman sendiri.

Bagaimanap­un, Abd Rahim menambah sebagai kerajaan negeri yang prihatin, pelbagai inisiatif dilakukan dalam membuka peluang kepada rakyat untuk membeli rumah pada harga lebih murah berbanding harga pasaran.

Sebagai contoh, beliau merujuk kepada Projek Pembanguna­n Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang dan Projek Rumah Makmur, yang khusus untuk rakyat negeri ini.

“Ini memberikan lebih pilihan kepada rakyat selain menjadikan projek perumahan oleh pemaju swasta mempunyai persaingan sihat dan diharapkan akan membolehka­n harga rumah di pasaran distabilka­n dalam jangka masa yang panjang,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia