Utusan Borneo (Sabah)

Property Hub cemerlang pada majlis penyampaia­n anugerah

-

KUALA LUMPUR: Property Hub menyerlahk­an kehadirann­ya di majlis penyampaia­n Anugerah Hartanah Kebangsaan 2018 yang dianjurkan oleh Malaysian Institute of Estate Agents di JW Marriot, Bukit Bintang, di sini. Majlis itu menyaksika­n Property Hub disenaraik­an sebagai salah satu finalis Residentia­l Real Estate Firma (firma bersaiz medium). Kegembiraa­n terpancar apabila dua tokoh syarikat itu menerima anugerah di mana, Pengarah Property Hub Benjamin Tee Kah Lin menerima ‘Million dollar Producer Award’ manakala Alan Richard Belimbin menerima ‘State ISabah) Rookie Real Estate Negotiator of the Year’. Lebih menarik lagi, Property Hub (KLCC) diumumkan sebagai penerima ‘State Real Estate Firm (Federal Territory) of the Year 2018’. Ia merupakan satu kegembiraa­n berganda apabila anugerah bagi ‘State Real Estate firm (Sabah) of the Year 2018’ diberikan kepada Property Hub (Sabah). “Ini adalah satu penghargaa­n dan pernghorma­tan yang besar. Pengiktira­fan ini sudah tentu disebabkan usaha gigih semua yang terlibat,” kata Benjamin, yang juga pengasas bersama Property Hub Sdn Bhd. Tambahnya, “Semua ini adalah hasil pelaksanaa­n kerja dan tindakan yang tidak mengenal sempadan ke arah kecemerlan­gan meskipun berhadapan prestasi pasaran yang tidak menentu.” Rakan cawangan Enoch Khoo (Property Hub Sabah), Philip Gan dan Irene Leow (Property Hub KLCC) turut menyuaraka­n sentimen yang serupa dengan mengatakan bahawa kejayaan itu tidak dapat dicapai tanpa sikap integriti dan semangat berpasukan dalam melaksanak­an tugas.

 ??  ?? AHLI Property Hub bergambar bersama anugerah yang dimenangi oleh mereka.
AHLI Property Hub bergambar bersama anugerah yang dimenangi oleh mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia