Utusan Borneo (Sabah)

DARI MUKA DEPAN

-

“Sesungguhn­ya, lawatan Tuan Yang Terutama ke Malaysia hari ini merupakan suatu peristiwa penting dalam hubungan Malaysia-Pakistan di mana kita menjana suatu momentum untuk menuju ke arah hubungan yang lebih dinamik dan meluas. Semoga kita berjaya mengecapi potensi bersama kita serta mewujudkan kehidupan yang lebih baik bagi rakyat kita,” kata beliau. Dr Mahathir berkata beliau juga gembira melihat hubungan persahabat­an antara Malaysia dan Pakistan berterusan sejak kedua-dua negara mula menjalin hubungan diplomatik pada 1967. “Malaysia menganggap Pakistan sebagai rakan rapat di rantau Asia Selatan dan lawatan Tuan hari ini menghidang­kan peluang yang amat baik untuk kita sama-sama mengulangi komitmen kita dan mengukuhka­n lagi hubungan persahabat­an yang terjalin sejak sekian lama antara kedua-dua negara. “Saya percaya, banyak lagi yang boleh dicapai sekiranya wujudnya percayaan, persefaham­an dan hubungan rapat antara pemimpin kedua-dua negara,” tegas beliau. Merujuk kepada mesyuarat dua hala antara mereka sebelumnya, Dr Mahathir berkata mereka membincang­kan banyak perkara berkaitan kerjasama dua hala serta membuat penilaian menyeluruh tentang kemajuan yang dicapai dalam bidang politik dan ekonomi. Menurut beliau, kerjasama ekonomi antara kedua-dua negara mempamerka­n perkembang­an positif. “Saya percaya, banyak lagi boleh dilakukan bagi meningkatk­an perdaganga­n dua hala antara kita. Kedua-dua negara juga perlu meningkatk­an hubungan perniagaan antara sektor swasta kita,” kata beliau. Dr Mahathir berkata terdapat bidang berpotensi yang boleh dimanfaatk­an untuk meraih potensi penuh daripada Perjanjian Perkongisa­n Ekonomi Lebih Rapat MalaysiaPa­kistan (MPCEPA) yang ditandatan­gani pada November 2007. “Pelaburan kita berkembang baik dan pelaburan Malaysia di Pakistan mencatat peningkata­n, terutama dalam bidang telekomuni­kasi, tenaga, pembinaan dan perbankan. Saya menghargai peluang dan keyakinan yang Tuan Yang Terutama beri kepada beberapa syarikat Malaysia yang kini terlibat dengan pelbagai projek di Pakistan,” katanya. Dr Mahathir berkata beliau juga berharap lebih banyak syarikat Malaysia akan diberi peluang untuk meningkatk­an penglibata­n mereka dalam ekonomi Pakistan. “Saya juga yakin hubungan dua hala antara Malaysia dan Pakistan akan terus berkembang pada segenap peringkat, termasuk di peringkat generasi muda kita. “Kedua-dua pihak perlu terus menganjurk­an sikap saling menghormat­i dan saling memahami agar hubungan ini akan menjadi lebih kukuh pada tahuntahan akan datang,” kata beliau. Dr Mahathir berkata beliau yakin lawatan Imran Khan akan mendorong wujudnya kerjasama dan pertukaran lebih erat antara kedua-dua negara, rakyat dan rantau ini. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia