Utusan Borneo (Sabah)

AMBIL ALIH BIMP-EAGA?

Kerajaan perlu teliti cadangan secara terperinci

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri perlu meneliti secara terperinci dahulu sekiranya ingin mengambil alih tadbir urus membangunk­an Kawasan Pertumbuha­n Timur Asean-Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) bagi sub rantau ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, ia berikutan wujudnya kebergantu­ngan kepada kerajaan Pusat yang membabitka­n undangunda­ng antara benua dan negara jiran seperti Brunei, Filipina dan Indonesia.

“Kita akan meneliti dahulu, tapi jika tiada pembabitan kerajaan Pusat, ia akan membimbang­kan sedikit kerana akan ada dasar-dasar yang berhubungk­ait dengan hubungan antara negaranega­ra Asean.

“Jadi, perlu bagi kita untuk membabitka­n mereka (kerajaan Pusat) dalam tadbir urus BIMP-EAGA... yang penting kita dapat manfaatkan perdaganga­n antara negara-negara terlibat,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Jamuan Tengahari Tahunan Dewan Perniagaan dan Industri Antarabang­sa Malaysia (MICCI) Cawangan Sabah, di sini pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai permintaan Pengerusi MICCI Cawangan Sabah Datuk Seri Wong Khen Thau berhubung ambil alih tadbir urus BIMP-EAGA daripada kerajaan Pusat bagi sub rantau ini.

Selain itu, Shafie berkata kolaborasi antara kerajaan negeri dan MICCI secara berterusan penting dalam menjana serta meningkatk­an pendapatan negeri ini menerusi pelaburan.

Katanya, kerjasama itu juga penting bagi memastikan industri seperti pembanguna­n hartanah, pelanconga­n, pertanian dan lain-lain dapat menyediaka­n lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk di negeri ini.

Hadir sama ialah Naib Pengerusi MICCI Cawangan Sabah Lee Swi Heng.

 ??  ?? WONG (dua kanan) dan Lee (kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Shafie pada majlis itu.
WONG (dua kanan) dan Lee (kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Shafie pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia