Utusan Borneo (Sabah)

Dua suspek penyeludup tong LPG ke negara jiran ditangkap

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau menangkap dua suspek penyeludup barang kawalan tong gas petroleum cecair (LPG) dalam Op Landai kirakira jam 4.15 petang Rabu.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah ACP Mohamad Pajeri Ali berkata kedua-dua suspek ditangkap di kawasan Pasar Tanjung Tawau berhampira­n Jeti Awam Tawau, di sini.

“Kita menahan suspek pertama, lelaki tempatan, 31, dari sebuah van dan suspek kedua, lelaki warga asing, 45, di sebuah pacuan empat roda,” katanya dalam kenyataann­ya pada Khamis.

Katanya siasatan awal yang dijalankan berhasil menemukan PPM Tawau dengan 23 tong LPG yang disorokkan di bahagian belakang kedua-dua kenderaan terbabit dengan kanvas.

Sekali gus membawa kepada penahanan kedua-dua kenderaan dan menjadikan jumlah rampasan keseluruha­n di dalam kes itu dianggarka­n bernilai hampir RM80,000.

“Siasatan awal mendapati suspek mengaku tidak memiliki permit sah, sijil kelulusan dan lesen perniagaan Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

“Dalam soal siasat awal yang dijalankan, suspek terlibat juga membuat pengakuan bahawa kesemua tong LPG berkenaan hendak diseludup keluar dan dipasarkan ke negara jiran,” katanya.

Pajeri berkata kejayaan itu dicapai hasil daripada maklumat Unit Risikan Marin PPM Tawau.

Untuk rekod, kesemua tangkapan suspek dan rampasan barangan terlibat dibawa ke Markas Operasi PPM Tawau untuk siasatan lanjut yang dibuka mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

 ??  ?? SEBANYAK 12 tong LPG dikesan disorokkan di dalam van.
SEBANYAK 12 tong LPG dikesan disorokkan di dalam van.
 ??  ?? 11 tong LPG lagi didapati disembunyi­kan di dalam‘bucket’ pacuan empat roda.
11 tong LPG lagi didapati disembunyi­kan di dalam‘bucket’ pacuan empat roda.
 ??  ?? MOHAMAD PAJERI
MOHAMAD PAJERI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia