Utusan Borneo (Sabah)

Eksport sisik tenggiling RM100 juta, perbicaraa­n pada 13-15 Feb 2019

-

KOTA KINABALU: Mahkamah Sesyen di sini, menetapkan tarikh perbicaraa­n pada 13 hingga 15 Februari tahun depan, terhadap seorang lelaki yang didakwa mengekspor­t barang larangan sisik tenggiling bernilai RM100 juta.

Hakim E l si e P rim u s membuat keputusan itu terhadap Chai Kok Hiong, 44, yang mana pada Khamis untuk pengurusan kes.

Tertuduh didakwa cuba mengekspor­t barang larangan terbabit yang disimpan didalam dua kontena berisi 227 karung sisik tenggiling seberat 8,0858.50kg bernilai RM100,570,080.

Kesalahan dilakukan pada 13 Julai tahun lalu jam 2.35 petang di Pelabuhan Sepanggar, di sini.

Atas kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 135 (1)(a) Akta Kastam 1967 dihukum mengikut Seksyen 135 (1)(iii)(aa) akta sama.

Hukuman yang diperuntuk­kan penjara selama tempoh tiga tahun atau denda 10 kali ganda atau 20 kali ganda nilai barang yang terlibat, atau kedua-duanya.

Sebelum ini kes berkenaan disebut di Mahkamah Majistret, namun dipindahka­n ke Mahkamah Sesyen.

Kini tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM80,000 dibayar penuh dicagarkan seorang penjamin tempatan, sementara menunggu kes selesai.

Selain itu syarat tambahan dikenakan, tertuduh harus melaporkan diri di Jabatan Kastam Tawau sekali sebulan.

Terdahulu Pegawai Pendakwa Nanang Lumpat dari Jabatan Kastam memberitah­u seramai 30 saksi daripada pihak pendakwaan akan dipanggil memberikan keterangan.

Bertindak untuk pihak pembelaan, peguam Aida Jaffar Mat Ariff mewakili tertuduh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia