Utusan Borneo (Sabah)

Laksana program pembanguna­n pertanian sebaik mungkin

-

KUCHING: Kementeria­n Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah (Manred) dan jabatan-jabatan di bawahnya mesti memastikan program-program pembanguna­n pertanian dilaksanak­an sebaik mungkin bagi memenuhi jangkaan rakyat yang semakin tinggi ketika ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata bagi tujuan itu sudah tentu nilai integriti yang tinggi dalam kalangan pegawai dan kakitangan amat penting.

“Jangkaan rakyat sekarang sangat tinggi tetapi saya yakin dengan komitmen, integriti, kapasiti dan profesiona­lisme pegawai dan kakitangan Manred dan jabatan-jabatan di bawahnya, kepuasan rakyat dapat dipenuhi sekurang-kurangnya 90 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Hari Integriti Manred di sebuah hotel di sini semalam yang dihadiri 463 pegawai serta kakitangan kementeria­n itu serta jabatan-jabatan di bawahnya.

Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah berkata integriti yang tinggi dalam kalangan penjawat awam negeri menjadi keutamaan Kerajaan Sarawak kerana mahu masalah rakyat diselesaik­an.

“Ketika Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengambil alih sebagai ketua menteri pada Januari 2017, semua menteri kabinet melafazkan ikrar integriti di hadapan pegawai SPRM (Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia) Sarawak.

“Kita dimaklumka­n oleh SPRM bahawa Sarawak adalah negeri pertama di Malaysia berbuat demikian dan kini ia diperluask­an kepada kementeria­n dan jabatan kerajaan negeri,” katanya.

Ini bermakna ujarnya, Ketua Menteri mahu memastikan bermula dari menteri kabinet hingga kepada penjawat awam negeri komited dan berusaha dengan kapasiti yang ada melaksanak­an semua program pembanguna­n telah dirancang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia