Utusan Borneo (Sabah)

Rusuhan anti-Sikh 1984: Dua lelaki dijatuhi hukuman mati, penjara seumur hidup

-

NEW DELHI: Seorang lelaki dijatuhi hukuman mati manakala seorang lagi dipenjara seumur hidup oleh sebuah Mahkamah di India, selepas didapati bersalah terbabit dengan rusuhan anti-Sikh pada 1984.

Rusuhan susulan pembunuhan bekas perdana menteri Indira Gandhi itu, menyebabka­n kira-kira 3,000 orang terbunuh.

Menurut agensi berita Xinhua, hukuman itu diputuskan mahkamah pada Selasa, selepas mendapati kedua-dua tertuduh bertanggun­gjawab menyebabka­n kematian dua lelaki dalam rusuhan itu selepas 34 tahun peristiwa berlalu.

“Hakim Ajay Pandey menjatuhka­n hukuman ke atas Yashpal Singh, 55, dan Naresh Sherawat, 68, kerana membunuh Hardev dan Avtar Singh pada 1 November 1984,” demikian menurut seorang pegawai.

Mahkamah juga mengarahka­n kedua-dua tertuduh membayar denda sebanyak AS$49,086 (3.5 juta rupee India).

Sabitan berdasarka­n testimoni saudara kandung Hardev, Kuldeep dan Sangat Singh yang kini menetap di perkampung­an Jalandhar, selepas meninggalk­an New Delhi bersama keluarga mereka pada 1985.

Kaum Sikh di New Delhi menjadi sasaran selepas Indra Gandhi dibunuh oleh seorang daripada pengawalny­a berketurun­an Sikh.

Pembunuhan itu berlaku empat bulan selepas tentera India menggempur sebuah kuil suci Sikh di Amritsar, Punjab yang kemudian menyaksika­n kebangkita­n militan Sikh berjuang mendapatka­n kebebasan di tanah mereka.

Keganasan anti-Sikh berlarutan selama tiga hari.

Sementara itu, Ketua Menteri Punjab, Amarinder Singh menyambut baik keputusan itu.

“Keputusan pertama oleh mahkamah dalam kes rusuhan 1984 itu amat dialu-alukan. Mereka yang bertanggun­gjawab akhirnya dikenakan tindakan,” kata Singh dalam satu kenyataan. — Bernama

 ??  ?? DALAM gambar fail ini yang diambil pada 3 November lepas, aktivis India dari organisasi radikal Sikh ‘Dal Khalsa’, berarak di satu demonstras­i untuk memperinga­ti rusuhan anti-Sikh pada 1984 di Amritsar. — Gambar AFP
DALAM gambar fail ini yang diambil pada 3 November lepas, aktivis India dari organisasi radikal Sikh ‘Dal Khalsa’, berarak di satu demonstras­i untuk memperinga­ti rusuhan anti-Sikh pada 1984 di Amritsar. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia