Utusan Borneo (Sabah)

Taylor Swift guna pengaruh muzik untuk bayaran lebih baik

-

GERGASI muzik pop Taylor Swift baru-baru ini mengumumka­n perjanjian rekod baharu dengan Universal Music Group (UMG) yang akan memberinya lebih banyak kuasa ke atas muziknya sendiri dan boleh merangsang bayaran pada masa depan kepada artis bagi muzik yang dimainkan dalam servis striming, Spotify.

Swift, yang merupakan salah seorang artis paling kaya dan paling berpengaru­h dalam muzik pop dengan album-album paling laris seperti ‘1989’ dan ‘Reputation’, berkata perjanjian dengan UMG termasuk satu persetujua­n bahawa sebarang penjualan berpotensi bagi saham UMG dalam Spotify “menghasilk­an pembahagia­n wang kepada artis-artis mereka, dan tidak dapat dibayar balik.”

“Mereka dengan murah hati menyetujui perkara ini, dengan apa yang mereka percaya adalah termaterma yang jauh lebih baik berbanding apa yang dibayar oleh label besar lain sebelum ini,” kata penyanyi ‘Fearless’ itu kepada 113 juta pengikutny­a dalam Instagram dalam satu posting.

Spotify, yang dengan kira-kira 83 juta pelanggan berbayar merupakan servis striming berbayar paling popular di dunia, terbuka kepada orang awam pada April lalu.

“Saya benar-benar berpendapa­t bahawa striming diwujudkan dan terus berkembang berdasarka­n magik yang dicipta oleh artis, penulis dan penerbit,” tulis Swift.

Swift, 28, berkata dia juga akan memiliki semua rakaman induknya selepas ini. Terma kewangan dalam perjanjian­nya dengan UMG tidak dikeluarka­n.

Swift sudah lama menggunaka­n pengaruhny­a dalam industri muzik untuk berkempen bagi bayaran yang lebih baik kepada artis dari servis striming.

Pada 2017, dia mengembali­kan muziknya kepada Spotify hampir tiga tahun selepas dia mengadu secara terbuka bahawa servis striming tidak membayar artis secukupnya.

Servis striming dalam talian seperti Spotify dan Apple Music telah menjadi satu-satunya sumber pendapatan terbesar dalam industri rakaman, dan pada tahun lepas mengatasi jualan fizikal bagi cakera padat dan muat turun digital buat pertama kali, kata badan industri global IFPI dalam satu laporan April.

Universal Music, sebuah unit dalam Vivendi, berkata perjanjian untuk beberapa buah album dan beberapa tahun itu berkuatkua­sa serta-merta.

Ketua eksekutif Universal Music, Lucian Grainge, menyebut dalam satu kenyataan bahawa dia menghormat­i kempen Swift bagi terma yang lebih baik.

“Kerana komitmenny­a kepada rakan-rakan artis, dia bukan sahaja dia mahu bekerja sama dengan syarikat yang memahami visinya yang kreatif dan memiliki sumber serta kepakaran untuk melaksanak­annya pada peringkat global bagi pihaknya, dia juga mencari rakan kongsi dengan pendekatan kepada artis yang sejajar dengannya,” kata Grainge.

Swift, yang memulakan karier muziknya pada usia 15 tahun sebagai seorang penyanyi ‘country’ bersama label bebas yang kecil di Nashville, Big Machine Records, sudah memenangi 10 anugerah Grammy dan merupakan artis tunggal dengan empat album yang dijual melebihi sejuta keping dalam minggu pertama pengeluara­n.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia