Utusan Borneo (Sabah)

8 usahawan Indonesia sertai pameran Lady World di Suria Sabah

Lapan usahawan Indonesia sertai pameran Lady World

- Oleh ABD NADDIN HJ SAIDDIN

IBU Wida baru kali pertama datang ke Kota Kinabalu. Sebelum ini beliau sudah lama bercita-cita untuk memasarkan produk makanannya ke luar negeri, khususnya ke Sabah, tetapi belum ada peluang berbuat demikian.

Antara produk makanannya yang terkenal ialah bumbu rojak yang dikenali dengan nama ‘Bumbu Rujak Bu Wida’. Sebelum ini, Bu Wida berjualan di Pasar Terapung di Lembang, Bandung. Padahal pelbagai produk makanannya itu sudah dipasarkan hingga ke Belanda, Singapura, Brunei dan Semenanjun­g Malaysia.

“Tapi ini kali pertama saya ke Sabah,” katanya yang menceburi bidang perniagaan sejak enam tahun lalu.

Beliau sangat berterima kasih kepada Konsulat Jenderal Republik Indonesia (KJRI) Kota Kinabalu khususnya Bahagian Ekonomi yang membantu golongan peniaga atau pengusaha di seluruh pelosok Indonesia untuk memasarkan produk perniagaan mereka di negeri ini.

Ibu Wida adalah salah seorang usahawan yang menyertai pameran perniagaan Lady World atau Dunia Kewanitaan di Suria Sabah, Kota Kinabalu pada 9 hingga 11 November lepas.

Seorang lagi usahawan wanita dari Indonesia yang menyertai pameran itu ialah Ibu Aie Sendari dari Cibubur. Beliau mewakil syarikat Evicahya, yang sangat terkenal dalam pengeluara­n batik tulis dan kulit biri-biri.

Selain pelbagai jenis batik, dari harga yang sederhana, batik tulis yang dipadukan dengan kulit domba itu memang mendapat sambutan yang luar biasa daripada pelanggann­ya.

Batik itu sendiri, sudahpun menembus pasaran luar negeri. Mereka mampu membuat batik yang sentiasa menarik minat dan selera penggemarn­ya.

Sementara itu, Ibu Rawang Kriswati dari Kowmukas Innovation, Sidoarjo, Jawa Timur pula menampilka­n produk berupa beg buatan tangan, sejenis kraftangan yang menarik.

Ibu Whaty berkata, antara produk yang mereka hasilkan ialah Decoupage Art All media, Lukis All Media, hantaran pernikahan cenderamat­a, batik eko print dan fesyen.

“Kami menghasilk­an jilbab lukis, tottebag, dompet pouch yang unik dari kain perca asal sidoarjo,” katanya. Beliau juga memberitah­u, pihaknya sudah beberapa kali memberikan latihan kraftangan dan mengikuti pameran keusahawan­an.

Sehingga kini, produk keluaran Kowmukas sudah dikenali di Belanda dan Australia.

Salah satu produk aromateraf­i yang terkenal, Safe Care, juga dipamerkan dalam pameran itu. Safe Care adalah keluaran PT Surabaya Indah Permai yang didirikan sejak tahun 1992.

Pembantu khas kepada CEO, Agnes Rufina memberitah­u Safe Care adalah arimterafi pertama di Indonesia yang memiliki formula terjamin dan berkualiti yang memberika aroma ‘soft’ dan elegan dengan kemasan moden dan mudah dibawa ke manamana.

“Komitmen kami adalah memberikan yang terbaik dalam mengeluar dan mempertaha­nkan produk dengan kualiti baik yang sesuai dengan standard atau piawaian antarabang­sa,” katanya.

Safe Care pernah menerima pelbagai penghargaa­n seperti Top Brand Award 2012, Silver Champion of Indonesia Wow Brand 2015, Brand For Good 2016 dan Gold Champion of Indonesia Wow Brand 2017 kategori ‘Aromateraf­i Medicated Oil’ dan menerima sijil halal daripada LPPOM Majlis Ulama Indonesia.

Seorang lagi peserta pameran yang sempat ditemui ialah Wirasanti. Beliau terkenal dengan Wirasanti Design, yang menyediaka­n kelengkapa­n kraf seperti decoupage, glass painting, ribbon embroideru, soap dan custom craft.

Selain itu, wirasanti sering memberikan latihan kepada mereka yang ingin mempelajar seni itu.

“Malah saya sering ke Kuala Lumpur untuk memberikan latihan kemahiran kepada pekerja wanita di tempat penampunga­n di Kedutaan Besar Indonesia, agar jika mereka pulang kampung mereka boleh menjalanka­n perniagaan mereka kerana memiliki kemahiran,” katanya.

Wirasanti yang merupakan sarjana kimia ITS Surabaya ini memulakan kariernya dalam bidang berkenaan sejak 1998. Waktu itu beliau menekuni ilmu tata ruang, membuat dekorasi dan sebagainya.

Kini hasil karyanya sudah menembusi pasaran luar negeri.

Turut hadir dalam pameran itu ialah Konsul Muda KJRI KK Sartono Hendrarso.

Dalam pameran yang diadakan di Suria Sabah itu juga, Indonesia juga menampilka­n Roemah Kebaya, yang menampilka­n kebaya dengan corak moden.

Hilda juga menunjukka­n pelbagai keistimewa­an kebaya. Kebaya bordir corak moden dengan pilihan warna warni yang segar, kini semakin diminati bukan saja dalam kalangan ibu malahan wanita muda dan mulai dikenali dalam kalangan generasi kini.

Kini Kebaya keluaran Roemah Kebaya mudah didapati Thamrin City, Grand M, pasaraya Blok M, Malang, Surabaya, Yogyakarta dan Denpasar.

Penyertaan usahawanus­ahawan dari Indonesia ke Pameran Niaga Dunia Kewanitaan di Suria Sabah pasti memberikan banyak peluang kepada golongan peniaga dan usahawan untuk meningkatk­an kerjasama dalam bidang perniagaan serta ekonomi, selain memberikan banyak pilihan kepada golongan pengguna untuk memilih produk-produk berkualiti.

 ??  ??
 ??  ?? WIRASANTI memperkena­lkan kraftangan yang menarik dari Tangerang.
WIRASANTI memperkena­lkan kraftangan yang menarik dari Tangerang.
 ??  ?? KEBAYA corak moden yang semakin menarik banyak peminat.
KEBAYA corak moden yang semakin menarik banyak peminat.
 ??  ?? SARTONO menyampaik­an cenderamat­a kepada perasmi.
SARTONO menyampaik­an cenderamat­a kepada perasmi.
 ??  ?? BATIK Tulis antara yang menembusi pasaran luar negeri.
BATIK Tulis antara yang menembusi pasaran luar negeri.
 ??  ?? IBU Wida memperkena­lkan Bumbu Rujak Bu Wida.
IBU Wida memperkena­lkan Bumbu Rujak Bu Wida.
 ??  ?? PESERTA pameran dari Sidoarjo.
PESERTA pameran dari Sidoarjo.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia