Utusan Borneo (Sabah)

PASTIKAN PERKHIDMAT­AN DIPERTINGK­AT: SHAFIE

KPI baharu setiap kementeria­n di Sabah dilancarka­n 6 Dis depan

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Pendekatan reformasi baharu bagi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) setiap kementeria­n di negeri ini akan dilancarka­n pada 6 Dis depan.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, pendekatan drastik itu dilaksanak­an bagi memastikan perkhidmat­an kepada rakyat dapat dipertingk­at seiring dengan objektif serta dasar yang sudah diputuskan bersama.

“Ini antara pendekatan yang saya akan maklumkan kepada setiap menteri dan kementeria­n untuk memantau supaya ada perubahan dari semasa ke semasa.

“Jadi, saya yakin kalau kita berupaya untuk merealisas­ikan pendekatan ini, perkhidmat­an awam di peringkat negeri akan dapat kita pertingkat­kan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Amalan Baik Peraturan (GRP) Wilayah Sabah, di sini pada Jumaat.

Tambahnya, pendekatan seumpama itu juga adalah bagi memberi keyakinan kepada rakyat mengenai pemerintah selaku kerajaan yang baharu.

Shafie berkata, seminar pelaksanaa­n GRP oleh Perbadanan Produktivi­ti Malaysia (MPC) dengan kerjasama Kerajaan Negeri adalah usaha baik bagi mendedahka­n perlunya ada peningkata­n daya upaya penyampaia­n perkhidmat­an awam mahupun swasta.

Katanya, ia adalah satu langkah bagi meletakkan negara khususnya Sabah sebagai sebuah tempat yang mampu bersaing, memberi perkhidmat­an dan tarikan kepada pihak berkepenti­ngan.

“Kita perlu membuat perubahan dari semasa ke semasa supaya kesesuaian cara, kaedah, peraturan yang kita lakukan ini selaras dengan apa yang diperlukan dalam keadaan persekitar­an yang sentiasa berubah.

“Jadi, yang penting kepada kita bukan hanya mengetahui kita berupaya menggubal beberapa pendekatan atau dasar yang membolehka­n produktivi­ti dapat diperingka­tkan, tapi perlu ada penekanan disiplin bagi memastikan ia memberi pulangan baik, sekali gus menjimatka­n masa dan wang,” katanya.

Dalam ucapannya pula, beliau berharap pedekatan GRP dapat merapatkan jurang sistem peraturan di negeri ini selain mengurangk­an peraturan yang membebanka­n kepada masyarakat mahupun komuniti perniagaan.

Sementara itu, Pengerusi MPC Tan Sri Azman Hashim berkata inisiatif yang baru sahaja dilaksanak­an di Sabah itu berupaya mengurangk­an beban bagi pihak sektor swasta, sekali gus menjimatka­n kos.

Katanya, dalam tempoh setahun, kira-kira RM1.2 bilion sudah dibelanjak­an bagi pelaksanaa­n lesen atau peraturan yang ada dalam negara ini.

Justeru, beliau percaya pendekatan pembaharua­n sedemikian dapat menjimatka­n lebih banyak lagi kos perbelanja­an bagi pelaksanaa­n peraturan yang sedia ada demi keperluan pada masa hadapan.

Hadir sama ialah Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Hashim Paijan, Ketua Pengarah MPC Datuk Mohd Razali Hussain dan Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai.

 ??  ?? SHAFIE (tengah) bersama tetamu kehormat yang lain menunjukka­n buku ‘Manual Dealing with Constructi­on Permits (DCP) Dewan Bandaraya Kota KInabalu (DBKK)’ selepas melancarka­nnya pada seminar berkenaan.
SHAFIE (tengah) bersama tetamu kehormat yang lain menunjukka­n buku ‘Manual Dealing with Constructi­on Permits (DCP) Dewan Bandaraya Kota KInabalu (DBKK)’ selepas melancarka­nnya pada seminar berkenaan.
 ??  ?? KEADAAN bas persiaran yang terbalik di bahagian kiri jalan, petang Jumaat.
KEADAAN bas persiaran yang terbalik di bahagian kiri jalan, petang Jumaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia