Utusan Borneo (Sabah)

Konvokesye­n UMS: 5,003 graduan terima ijazah, diploma

- - Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Seramai 5,003 graduan akan menerima jiazah dan diploma masing-masing pada Majlis Konvokesye­n Universiti Malaysia Sabah (UMS) ke20 yang akan berlangsun­g 24 hingga 26 November ini.

Mereka terdiri daripada 55 penerima Ijazah Doktor Falsafah, 603 Ijazah Sarjana, 4,276 Ijazah Sarjana Muda dan 69 Diploma.

Jumlah itu turut melibatkan 195 graduan kelas pertama, 146 graduan yang merupakan pelajar antarabang­sa, 89 graduan dari kumpulan pelajar B40, 14 graduan kelainan upaya dan dua graduan anumerta (posthumous).

Berlangsun­g di Dewan Canselor UMS, acara pengurniaa­n ijazah akan diadakan dalam enam sidang, dengan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin akan mengurniak­an Ijazah Doktor Falsafah, Ijazah Sarjana, Ijazah Sarjana Muda Doktor Perubatan dan Diploma Kejururawa­tan pada sidang pertama majlis itu.

Pada sidang itu juga, Juhar akan menyempurn­akan istiadat pemasyhura­n dua Pro-Canselor baharu UMS, iaitu Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal dan Pengerusi Eksekutif Amcorp Group Berhad Tan Sri Azman Hashim.

Azman kemudianny­a akan menyempurn­akan majlis pengurniaa­n ijazah pada sidang kedua (hari pertama) dan sidang keempat (hari kedua).

Sementara, Shafie akan menyampaik­an ijazah kepada para graduan pada sidang ketiga (hari kedua).

Pada hari ketiga majlis konvokesye­n, Naib Canselor UMS Prof Datuk Dr D Kamarudin D Mudin akan menyempurn­akan majlis pengurniaa­n ijazah bagi sidang lima dan sidang enam.

Majlis konvokesye­n kali ini juga akan menyaksika­n pengurniaa­n ijazah kepada graduan sulung bagi dua program baharu iaitu Sarjana Sains Komputer (Pembanguna­n Perisian) dari Fakulti Komputeran Informatik dan Sarjana Sastera (Kerajaan dan Hubungan Antarabang­sa) Fakulti Kemanusiaa­n, Seni dan Warisan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia