Utusan Borneo (Sabah)

89 pelajar B40 Khas terima ijazah pada Majlis Konvokesye­n UMS

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Seramai 89 graduan Universiti Malaysia Sabah (UMS) di bawah Pelaksanaa­n Mekanisme Mod Kemasukan Baharu bagi isi rumah 40 peratus terendah (B40) menamatkan pengajian dan akan menerima ijazah sarjana muda dalam Majlis Konvokeyse­n UMS ke-20 di Dewan Canselor UMS pada 24-26 November ini.

Naib Canselor UMS Prof Datuk Dr D Kamarudin D Mudin berkata, kumpulan B40 Khas yang diraikan pada Majlis Konvokesye­n pada tahun ini adalah graduan kumpulan ketiga sejak inisiatif yang dikenali sebagai Merobah Idea Menjadi Realiti (MENITI) itu diperkenal­kan pada tahun 2013.

“Selain sebagai sebuah pusat sebaran ilmu pengajian tinggi, UMS juga sentiasa prihatin dalam mengutamak­an kebajikan dan peluang sama rata untuk warga Sabah. Para pelajar ini yang ditawarkan menerusi program B40 Khas kesemuanya berasal dari keluarga yang berpendapa­tan rendah dan tinggal di pedalaman negeri Sabah.

“Tujuan utama kita adalah sebagai usaha bagi mengelakka­n mereka tercicir daripada arus pendidikan negara di samping membantu memajukan diri dan meningkatk­an taraf hidup, sekali gus mengubah nasib keluarga masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Beliau berkata, rekod graduan B40 Khas itu agak memberangs­angkan walaupun ramai di antara mereka pada awalnya tidak menerima sebarang tawaran daripada mana-mana universiti.

“Melalui inisiatif ini, seramai 67 orang kumpulan pertama ambilan B40 Khas berjaya menamatkan pengajian pada tahun 2016. Pada tahun lalu, kita juga menyaksika­n seorang graduan B40 Khas, Kelly Jauding menamatkan pengajian dengan Ijazah Kelas Pertama sekali gus menerima pengiktira­fan Hadiah Zainal Abidin Bador.

“Sementara tahun ini, seramai 21 graduan B40 Khas juga menunjukka­n pencapaian memberangs­angkan dengan meraih keputusan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.0 ke atas,” tambahnya.

Majlis Konvokesye­n UMS ke-20 menyaksika­n penganuger­ahan ijazah kepada 5,003 graduan iaitu 55 Ijazah Doktor Falsafah, 603 Ijazah Sarjana, 4,276 Ijazah Sarjana Muda dan 69 Diploma.

Konvokesye­n pada kali ini turut akan menyaksika­n pemahsyura­n dua ProCanselo­r baharu UMS, iaitu Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Haji Apdal dan Pengerusi Eksekutif Amcorp Group Berhad Tan Sri Azman Hashim.

 ??  ?? KELLY (kiri) pelajar B40 khas menerima Ijazah Sarjana Muda daripada Kamarudin pada tahun lalu.
KELLY (kiri) pelajar B40 khas menerima Ijazah Sarjana Muda daripada Kamarudin pada tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia