Utusan Borneo (Sabah)

Latihan jamin peluang pekerjaan

Lepasan sekolah dinasihatk­an ambil kursus kemahiran ditawarkan akademi

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Lepasan sekolah yang gagal mendapatka­n tempat di institusi pengajian tinggi awam atau swasta disarankan untuk mengambil kursuskurs­us kemahiran yang ditawarkan pelbagai akademi di sini.

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Ewon Benedick berkata, latihan kemahiran yang ditawarkan tidak kurang hebatnya selain mampu menjamin peluang pekerjaan selepas tamatnya kursus.

“Terdapat juga mereka yang lepasan universiti sehingga hari ini masih tidak mempunyai pekerjaan... tidak pasti sama ada mereka ini tidak dapat peluang pekerjaan atau gagal mencipta peluang pekerjaan.

“Apa yang pasti adalah semuanya bermula daripada pilihan diri sendiri dan berusaha sendiri selepas membuat pilihan,” katanya ketika merasmikan Majlis Konvokesye­n Inner Peace SPA Consultanc­y Academy 2018, di sini pada Jumaat.

Beliau berkata, latihan untuk menjadi terapi spa profesiona­l sangat berpotensi untuk berkembang lebih jauh memandangk­an sektor pelanconga­n Sabah semakin besar.

Katanya,pusatrefle­ksologi atau spa semakin mendapat permintaan dalam pasaran dan memerlukan ramai ahli terapi yang profesiona­l.

“Saya juga ingin menasihatk­an golongan muda ini untuk mengambil peluang yang disediakan kerajaan untuk menjadi seorang usahawan berdasarka­n kemahiran yang anda perolehi daripada kursus-kursus diikuti,” katanya.

Sementara itu, Pengetua InnerPeace­SPAConsult­ancy Academy Alyssa Lim Angian berkata, kerjaya sebagai terapi spa profesiona­l di luar negara setaraf dengan seorang jururawat kerana mempunyai permintaan tinggi dalam pasaran.

Katanya, ramai dalam kalangan masyarakat muda di sini dan pelancong akan berkunjung ke pusat spa untuk mencari ketenangan sertamengh­ilangkante­kanan kerana mereka faham masalah seumpamany­a adalah punca kepada penyakit kronik.

“Saya mengucapka­n tahniah kepada 28 pelatih yang berjaya menamatkan latihan walaupun berhadapan pelbagai cabaran,” katanya.

Menurutnya, para pelatih dilatih dengan produk pelanconga­n terbaharu iaitu Urutan Malaysia daripada rakan industri spa.

Katanya, kesemua pelatih turut berjaya mendapatka­n kerja di pusat-pusat spa pelanconga­n terkemuka di sini dan luar Sabah.

 ??  ?? EWON (dua kiri) menyampaik­an sijil kepada salah seorang pelatih, turut kelihatan ialah Alyssa (dua kanan).
EWON (dua kiri) menyampaik­an sijil kepada salah seorang pelatih, turut kelihatan ialah Alyssa (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia