Utusan Borneo (Sabah)

Wadar penjara kena 60 bulan, denda RM150,000

Atas 15 kesalahan rasuah

- Oleh CLARICE USOP DULAHAM

KOTA KINABALU: Seorang wadar penjara dikenakan penjara 60 bulan dan denda RM150,000, atas 15 kesalahan rasuah melibatkan wang sebanyak RM2,150 sebagai upah membawa barang larangan masuk ke dalam penjara.

Hakim Mahkamah Sesyen Abu Bakar Manat menjatuhka­n hukuman itu terhadap Dulaham Ajak, 45, selepas menukar pengakuann­ya kepada bersalah, yang mana pada Jumaat untuk sebutan semula kes berkenaan.

Pertuduhan pertama hingga kesembilan, tertuduh didakwa menerima suapan sebanyak RM1,250 melalui akaun peribadiny­a, daripada Lohendran Anak Lelaki Lethcmanan.

Sebagai upah membawa masuk artikel-artikel larangan ke dalam penjara untuk kegunaan Eswaran Anak Lelaki Susop, yang menjadi kesalahan mengikut Seksyen 58 Akta Penjara 1995.

Pertuduhan kesepuluh hingga ke-15, tertuduh menerima RM900 melalui akaunnya, daripada Nila Anak Perempuan Ramasamy, untuk tujuan sama.

Semua kesalahan itu dilakukan pada 25 Ogos hingga 20 Disember tahun lalu, di Maybank cawangan Karamunsin­g, di sini.

Dulahan didakwa mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) 2009, dihukum mengikut Seksyen 24 (1) akta sama.

Hukuman yang diperuntuk­kan, penjara selama tempoh 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan, atau RM10,000 mengikut mana-mana nilai yang lebih tinggi.

Untuk setiap pertuduhan itu, tertuduh dikenakan penjara empat bulan dan denda RM10,000 atau penjara sebulan dan diperintah­kan berjalan serentak.

Semasa rayuan, peguam PJ Pereira yang mewakili tertuduh memohon mahkamah mengenakan denda minimum terhadap anak guamnya.

“Tertuduh sudah berkhidmat selama 25 tahun dan tidak mempunyai rekod jenayah. Selain itu, tertuduh memberikan kerjasama kepada pihak SPRM semasa siasatan.

“Kredit harus diberikan kepadanya kerana sudah menjimatka­n masa dan kos mahkamah. Tertuduh dan isterinya yang bekerja sebagai guru mempunyai seorang anak berusia lima tahun,” katanya.

Menurutnya tertuduh membawa dua telefon bimbit kepada Eswaran agar dapat berhubung dengan ibu bapa dan adik-beradiknya.

Tambahnya wang berkenaan untuk membeli makanan dan rokok yang diketahui dilarang, dari kantin penjara.

Namun, Timbalan Pendakwara­ya Rozanna Hj Abd Hadi menegaskan hukuman setimpal harus dijatuhkan­denganmeng­ambil kira kepentinga­n awam.

“Kepentinga­n rakyat perlu diutamakan daripada kepentinga­n tertuduh. Sememangny­a faktor mitigasi diambil kira, tetapi pertimbang­an atas kesan tindakan tertuduh juga harus dipertimba­ngkan.

“Tindakan yang dilakukan tertuduh unik kerana diberikan amanah dan tanggungja­wab menjaga keselamata­n dan keamanan banduan, dalam kes ini banduan akhir,” katanya.

Menurutnya tertuduh membantu membawa masuk barangan larangan ke dalam penjara untuk diserahkan kepada banduan, namun tindakan terbabit melanggar institusi penjara.

Abu Bakar memerintah­kan Dulaham menjalani tempoh pemenjaraa­n berkenaan bermula dari tarikh sabitan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia