Utusan Borneo (Sabah)

Pemasang paip didakwa beri rasuah kepada anggota KPDNKK

-

SEREMBAN: Seorang pemasang paip dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas pertuduhan memberi rasuah RM3,000 kepada seorang penolong pegawai penguat kuasa Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK), enam tahun lalu.

Chu Tuan Kang, 33, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicaraka­n selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Madihah Harullah.

Diadidakwa­memberiras­uah wang tunai RM3,000 kepada penolong pegawai penguat kuasa KPDNKK Negeri Sembilan, Mohd Razip Jantan di sebuah stesen minyak di Bandar Baru Sunggala di Port Dickson kira-kira 5.20 petang pada 20 Mei 2012.

Suapan itu sebagai dorongan agar Mohd Razip tidak mengambil tindakan undangunda­ng dan menyelesai­kan kes ke atas tertuduh yang disyaki memiliki minyak diesel bersubsidi tanpa permit dan dokumentas­i yang sah menurut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

KPDNKK kini dikenali sebagai Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Pertuduhan adalah menurut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda sehingga lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika disabitkan.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM Nurdiyanah Mohd Nawawi menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin selain tertuduh perlu melapor diri di pejabat SPRM Johor Bahru, Johor pada minggu pertama setiap bulan sehingga kes selesai.

Peguam yang mewakili tertuduh, M.Sivam merayu wang jaminan dikurangka­n kerana anak guamnya hanya merupakan pekerja kontrak di Singapura selain menanggung keluargany­a di Port Dickson.

Mahkamah membenarka­n tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan yang dipohon pihak pendakwaan dan menetapkan 11 Jan depan untuk sebutan semula kes.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia