Utusan Borneo (Sabah)

Tian Chua bebas sabitan dan hukuman

-

KUALA LUMPUR:Naib Presiden PKR, Tian Chua pada Jumaat terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Tinggi di sini melepaskan dan membebaska­nnya daripada pertuduhan memberi ucapan berbaur hasutan dalam satu ceramah, lima tahun lepas.

Ini berikutan keputusan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang membenarka­n rayuan bekas Ahli Parlimen Batu itu untuk mengetepik­an sabitan dan hukuman penjara tiga bulan dan denda RM1,800 yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen pada 28 Sept 2016.

Dalam penghakima­nnya, Mohd Nazlan berkata mahkamah mendapati prima facie dalam kes itu gagal dibuktikan memandangk­an perkataan yang diungkapka­n oleh Tian Chua, atau nama sebenar Chua Tian Chang, tidak bersifat menghasut.

“Ucapan oleh Tian Chua ketika itu adalah hanya untuk mengenal pasti kesilapan dan kesalahan dalam kerajaan serta menasihati orang ramai untuk bertindak balas secara damai serta memperbaik­i kesilapan berkenaan.

“Walaupun Tian Chua tidak menafikan beliau ada membuat kenyataan itu, namun analisa secara keseluruha­n terhadap maksuddank­onteksmend­apati kenyataan yang dibuat tidak merujuk untuk mengubah kerajaan,” kata hakim itu.

Pada29Mei2­013,TianChua, 55, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan memberi ucapan dengan menyebut kata-kata menghasut bagi membangkit­kan rakyat negara ini supaya mengubah kerajaan yang telah tertubuh mengikut undang-undang, dengan cara yang tidak sah.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Dewan Perhimpuna­n Cina Kuala Lumpur dan Selangor di Jalan Maharajale­la, Dang Wangi di sini di antara jam 8.55 malam dan 11.15 malam 13 Mei 2013.

Pendakwaan dikemukaka­n mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum menurut Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga lima tahun, jika sabit kesalahan.

Di awal prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Azmi Mashud memaklumka­n kepada mahkamah bahawa pihak pendakwaan menarik balik rayuan silang terhadap hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah sebelum ini.

Sementara itu, Tian Chua, yang diwakili peguam N. Surendran, ketika ditemui pemberita di luar mahkamah berkata, beliau berasa lega kerana akhirnya kes berkenaan selesai.

“Saya rasa dalam suasana politik baharu ini tidak wajar untuk sesiapa yang bersuara secara bebas dalam kritikan terhadap kerajaan harus dihukum mengikut Akta Hasutan.

“Akta ini sudah ketinggala­n zaman dan sepatutnya dimansuhka­n serta tidak lagi diguna pakai untuk menyekat pandangan orang awam dalam kebebasan bersuara.

“Saya harap keputusan ini adalah sebagai penanda aras. Saya akan teruskan perjuangan sebagai seorang aktivis yang lantang bersuara dalam satu pasukan dengan pemimpin Pakatan Harapan yang memerintah sekarang bagi merealisas­ikan impian rakyat,” katanya.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia