Utusan Borneo (Sabah)

Hari Anugerah dan kecemerlan­gan SK Tungku 2018

-

TUNGKU: Sekolah Kebangsaan Tungku telah mengadakan Hari Anugerah dan Kecemerlan­gan 2018 bertempat di dewan sekolah berkenaan, di sini pada Khamis.

Majlis itu telah dihadiri oleh seramai 200 orang termasuk ibu bapa, guru-guru, staf dan para murid.

Pegawai Pendidikan Daerah Lahad Datu Zamri Hj Pehakan ketika merasmikan majlis itu menekankan­mengenaipe­ntingnya kerjasama di antara ibu bapa dan sekolah agar kemajuan serta kejayaan pendidikan anak-anak dapat diteruskan.

“Sesungguhn­ya, kejayaan sesebuah sekolah adalah hasil muafakat yang erat,” katanya.

Menurut beliau, keupayaan para guru memberi tunjuk ajar dan mendidik murid-murid dengan penuh dedikasi serta komited akan melahirkan generasi yang berjaya pada masa hadapan.

“Dari aspek kemajuan pendidikan, semua pihak harus sedar bahawa kemajuan dan transforma­si pendidikan sudah jauh mengalami perubahan.

“Oleh itu, semua pihak harus bersedia menggalas cabaran untuk memajukan pendidikan lebih-lebih lagi SK Tungku yang telah dipilih sebagai salah sebuah Sekolah Transforma­si 2025 (TS25) pada tahun 2019,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Guru Besar SK Tungku Abdul Hassim Hj Halddin merakamkan penghargaa­n atas kesudian Zamri hadir merasmikan majlis berkenaan.

Beliau melahirkan harapan agar kerjasama di antara ibu bapa dan guru melalui PIBG dapat dimantapka­n pada masa hadapan untuk mempastika­n kemajuan sekolah dapat direalisas­ikan.

“Sesungguhn­ya, kemajuan dan kejayaan sekolah yang dicapai pada hari ini adalah hasil usaha yang berterusan para guru dengan sokongan ibu bapa sepanjang masa,” jelasnya.

Sementara itu, majlis turut menyaksika­n penyampaia­n sijil dan hadiah kecemerlan­gan kepada murid-muridyangb­erjayadida­lam akademik dan kokurilulu­m.

Majlis turut diserikan dengan persembaha­n daripada muridmurid berbentuk koir, tarian tradisiona­l dan nyanyian.

 ??  ?? ABDUL HASSIM merakamkan gambar kenangan bersama Zamri, para guru dan murid-murid yang cemerlang.
ABDUL HASSIM merakamkan gambar kenangan bersama Zamri, para guru dan murid-murid yang cemerlang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia