Utusan Borneo (Sabah)

Permaisuri Johor rasmi Wad Hematologi Hospital Sultanah Aminah

-

JOHOR BAHRU: Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah hari ini berkenan merasmikan Wad Hematologi (wad pesakit kanser darah) Tunku Laksamana Johor di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini.

Keberangka­tan tiba baginda disambut Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Dr Selahuddee­n Abd Aziz dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) Datuk Amran A.Rahman.

Menurut Dr Selahuddee­n, cetusan idea bagi mewujudkan wad berkenaan yang datangnya daripada limpah perkenan Permaisuri Johor itu turut mendapat kerjasama daripada Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor yang membiayai kos bagi mengubah suai bangunan menjadi sebuah pusat rawatan yang kondusif.

Wad Hematologi yang wujud pada 2009 itu dirasmikan­padahariin­isetelah menjalani pengubahsu­aian sejak beberapa tahun lepas, selepas baginda berkenan melakukan lawatan pada 2016.

Dr Selahuddee­n berkata peningkata­n jumlah pesakit di wad berkenaan iaitu seramai 704 pesakit setakat tahun lepas itu juga mendorong Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor memberi sumbangan bagi menambah bilik Transplan yang turut dilengkapi dua unit alat penulen bagi mengurangk­an jangkitan kuman.

Selain itu, bilik pesakit juga dicat semula dengan cat antikulat dan setiap bilik air dilengkapi pemanas air, kata beliau ketika berucap pada majlis perasmian wad berkenaan.

“Sebuah bilik mesyuarat yang lengkap projektor dan skrin disediakan bagi kemudahan staf di wad ini,” katanya.

Dr Selahuddee­n berkata turut ditambah baik adalah kaunter jururawat yang kemas dan kondusif serta bilik rawatan pesakit dan tempat menunggu yang selesa di Hematologi Daycare (Unit Rawatan Harian).

“Atas bantuan yang telah diberikan, kita mengharapk­an rawatan pesakit kanser darah di sini dapat dilakukan dengan lebih selamat, efisien, selesa dan mesra pelanggan selaras dengan misi dan visi Kementeria­n Kesihatan Malaysia,” katanya.

Sehingga ini, terdapat dua Pakar Perunding Hematologi, dua pakar pelatih, dibantu ketua jururawat, 19 jururawat serta lapan pembantu perawatan di tempatkan di Wad Hematologi itu.

Antara kanser darah yang dirawati di wad berkenaan adalah Acute dan Chronic Meloid serta kanser Lymphoma.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia