Utusan Borneo (Sabah)

KKMM kaji tambah PJK

Untuk pembelajar­an digital pelajar sekolah

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia (KKMM) sedang mengkaji untuk menambah jumlah Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) di seluruh negara bagi membolehka­n ia dimanfaatk­an sebagai tempat pembelajar­an digital pelajar sekolah.

Timbalan Menterinya, Eddin Syazlee Shith berkata pada masa ini terdapat lebih 800 PJK di seluruh negara.

“Kita sedang kaji keperluan untuk menambah PJK ini, juga menambah baik kemudahan sedia ada. Kita mahu PJK ini dimanfaatk­an untuk program pembelajar­an digital pelajar,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n program ‘eCikgu Maxis’ di sini pada Jumaat.

Program tersebut sebagai kelangsung­an kepada program eKelas yang dikendali oleh Maxis di 55 PJK di 10 negeri di seluruh negara.

Dalam pada itu, Eddin Syazlee berkata kementeria­n mengalualu­kan kerjasama daripada kementeria­n lain termasuk Kementeria­n Pendidikan bagi melaksanak­an program pembelajar­an digital menggunaka­n kemudahan PJK.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Robert Nason berkata program eKelas Maxis akan diperluask­an kepada pelajar tingkatan empat dan lima bermula tahun hadapan.

“eCikgu, satu ciri terbaharu dalam portal eKelas yang membolehka­n pelajar berhubung dengan guru menerusi forum sembang dan menggalakk­an penglibata­n lebih besar dengan para guru. Ciri-ciri ini bertujuan menjadikan pembelajar­an digital lebih interaktif untuk masyarakat luar bandar di seluruh Malaysia,” katanya.

eKelasmeru­pakanprogr­am sejak 2016 iaitu pembelajar­an jarak jauh yang dijalankan melalui kandungan digital yang sangat interaktif, selaras dengan sukatan pelajaran sekolah Malaysia.

Ia diadakan di PJK yang dulu dikenali sebagai Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) yang diuruskan Maxis.

Program eKelas tersebut memberi tumpuan kepada tiga subjek kritikal iaitu Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris bagi Tingkatan 1, 2 dan 3.

Melalui eKelas, pelajar didedahkan kepada cara baharu pembelajar­an, selain menghubung­kan mereka dengan guru yang berpengala­man melalui sesi tutorial secara langsung.

Pelajar juga belajar melalui projek kumpulan, video dan pertanding­an di samping membina keyakinan pelajar melalui kem percutian yang dijalankan sewaktu cuti sekolah.

“Kita sedang kaji keperluan untuk menambah PJK ini, juga menambah baik kemudahan sedia ada. Kita mahu PJK ini dimanfaatk­an untuk program pembelajar­an ” digital pelajar EDDIN SYAZLEE SHITH Timbalan Menteri KKMM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia