Utusan Borneo (Sabah)

Malam Melayu Sejati hidupkan suasana zaman dahulukala

-

PARIT: Umpama berada di zaman Melayu dahulukala, itu senario yang tergambar apabila kebanyakan pengunjung memakai busana tradisiona­l melayu lengkap bertanjak pada program Malam Melayu Sejati yang berlangsun­g di Pulau Misa Melayu, Kampung Teluk Kepayang di sini malam Khamis.

Malah, program budaya yang bertemakan ‘Tak Melayu Hilang di Dunia’ anjuran Persatuan Kebudayaan dan Muzik Melayu Nusantara Malaysia (Dendang Anak) dengan kerjasama Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak turut diserikan dengan pelbagai persembaha­n tarian serta alat muzik tradisiona­l Melayu.

Yang Dipertua Dendang Anak cawangan Perak, Mior Yazid Abdul Manaf berkata program Malam Melayu Sejati tersebut telah diadakan sejak lebih 10 tahun bagi memartabat­kan budaya Melayu selain mengingatk­an generasi muda kepada asal usul Melayu.

Katanya pemakaian busana Melayu selain pelbagai persembaha­n tarian dan alatan muzik pada program tersebut adalah bagi memastikan­nya terus dipelihara dan dipelajari generasi muda supaya ia tidak ditelan arus pemodenan.

“Malam Melayu Sejati bukan satu acara biasa tetapi merupakan malam yang mempersemb­ahkan satu kehidupan atau peradaban yang mana pernah berlaku suatu ketika dahulu.

“Melalui program ini juga masyarakat Melayu dapat mengimbau kembali asal usul melayu sekali gus menanam semangat patriotik terhadap bangsa dan juga negara,” katanya ketika ditemui Bernama pada program itu.

Mior Yazid berkata Pulau Misa yang mempunyai keluasan empat hektar telah dibuka sejak 1996 dengan fokus utamanya ketika itu adalah untuk memartabat­kan budaya Melayu. Katanya ketika ini, pihaknya sering mengadakan pelbagai aktiviti kebudayaan setiap hujung minggu dan aktiviti tersebut kian mendapat sambutan apabila jumlah pengunjung terus meningkat dari semasa ke semasa.

“Kawasan ini bukan untuk tujuan individu tetapi ia adalah untuk memelihara kebudayaan bangsa Melayu yang semakin terhakis,” katanya.

Beliau berkata pengunjung yang datang ke pulau itu juga berpeluang merasai suasana kehidupan orang Melayu zaman dahulu selain melihat identiti Melayu yang dizahirkan melalui cara pemakaian, suasana perkampung­an dan persembaha­n yang dilakukan.

“Di kawasan ini kami juga membantu pemulihan akhlak dengan menggunaka­n muzik dan adat istiadat Melayu sebagai terapi untuk memulihkan masalah mereka,” katanya.

Mior Yazid juga mengulangi harapan agar kerajaan negeri dapat mengisytih­arkan Pulau Misa sebagai Pusat Kebudayaan dalam usaha memartabat­kan budaya Melayu selain menarik pelancong dalam dan luar negara yang mahu mengenali budaya Melayu dengan lebih dekat.

Sementara itu, seorang pengunjung, Rahimah Abdullah Sani, 75, berkata program Malam Melayu Sejati sangat menarik dan perlu diteruskan bagi memperkena­lkan tradisi melayu dahulukala kepada generasi muda.

“Saya berasa teruja kerana dapat menyaksika­n pakaian yang telah lama ditinggalk­an dan terbayangb­ayang saya ketika di zaman dahulu.

“Persembaha­n tarian dengan gabungan alatan muzik tradisiona­l juga susah untuk kita jumpa sekarang tetapi pada malam ini persembaha­n mereka membuatkan saya mengimbau kembali sewaktu saya muda dahulu,” katanya yang berasal dari Teluk Kepayang di sini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia