Utusan Borneo (Sabah)

Golongan OKU berhadapan diskrimina­si sokongan keluarga kunci untuk terus ke hadapan

Sokongan keluarga kunci untuk terus ke hadapan

- -Artikel oleh JABATAN PENERANGAN

KETIDAKUPA­YAAN menjadi cabaran dalam menjalani kehidupan seharian. Ia adalah satu realiti yang perlu dihadapi oleh golongan orang kelainan upaya (OKU).

Menurut Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Datuk Stephen Wong Tien Fatt, setakat Oktober 2018, seramai 32,985 orang OKU telah berdaftar dengan Jabatan Perkhidmat­an Kebajikan Am Sabah. Sementara itu, tujuh kategori OKU dikenal pasti iaitu pendengara­n, penglihata­n, pertuturan, fizikal, masalah pembelajar­an, mental dan pelbagai.

KELUARGA JANTUNG KEHIDUPAN

Golongan istimewa itu mempunyai cabaran dalam melakukan tugasan harian yang dianggap mudah oleh orang biasa. Bukan itu sahaja, emosi dan mental juga teruji bila berhadapan pandangan dan diskrimina­si masyarakat.

“Terasa janggal bila orang tengok saya, macam saya ni makhluk asing,” kongsi Lissa Augostine, 24, yang mengalami lumpuh separuh badan kerana menanggung

Cerebral Palsy (CP).

Lissa dikenalpas­ti menghidap CP ketika berumur 9 bulan apabila dia masih belum boleh bertiarap sedangkan kembarnya sudah aktif menjelajah rumah.

Meskipun diuji dengan ketidakupa­yaan fizikal, dia mempunyai semangat yang kental dalam meningkatk­an kemampuann­ya untuk berdikari. Namun begitu, sokongan keluarga merupakan kunci utama dia mampu menjadi optimis.

“Sokongan emosi daripada keluarga merupakan kunci utama kami mampu untuk terus ke hadapan. Tanpa sokongan daripada mereka, agak mencabar untuk kami positifkan diri dan mempunyai keyakinan.

“Titik tolak perubahan diri saya apabila bergaul dengan orang yang senasib iaitu

Francis

Xavier

Kinjin,

34, atlet angkat berat ParaSukma yang berlangsun­g 20 November ini,” katanya.

Francis yang lebih senang dikenali sebagai Oliver berkata, keluarga merupakan penyokong tegar sehingga dia menjadi dirinya sekarang.

Dia yang mengalami ketidakupa­yaan fizikal dari lahir berkata, sejak kecil lagi dia sudah dilatih keluarga untuk berdikari.

“Keluarga tidak memanjakan saya atau menganggap saya istimewa sehingga semua perkara perlu dibantu. Mereka juga tidak menggalakk­an saya untuk biasa mengungkap­kan perkataan ‘tolong’.

“Saya masih mempunyai tangan jadi mengapa tidak saya menggunaka­n keupayaan tangan saya untuk melakukan aktiviti harian yang orang biasa lakukan?” luahnya.

Selain atlet, Oliver dengan bantuan geran daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat juga memiliki kedai runcitnya sendiri.

Dalam pada itu, Muhamad Khairy Miutary Lorin,

33, dari Kota Belud turut mempunyai pandangan yang sama. Selepas terlibat dengan kemalangan jalan raya pada tahun 2011, Khairy disahkan lumpuh separuh badan dan terpaksa menjalani kehidupan di atas kerusi roda setelah 25 tahun menjalani kehidupan seperti insan biasa.

“Ia merupakan satu tamparan hebat dan satu perubahan yang sangat besar. Tapi saya sangat bersyukur dengan sokongan yang diberikan keluarga, saya tidak merasa ada kurang dalam hidup saya sekarang.

“Pada mulanya, memang keluarga sangat risau, hingga tidak boleh jika saya tiada di depan mata mereka kerana takut saya jatuh dari kerusi roda atau apa-apa yang buruk berlaku.

“Tapi lepas melihat perubahan pada diri saya sekarang dan kehidupan yang saya jalani sekarang, mereka percaya saya dapat menjalani kehidupan sama seperti sebelum ini.

“Kalau pada awalnya, isteri terpaksa menghantar saya ke mana saya mahu, sekarang saya pula yang akan hantar isteri ke tempat kerja,” ceritanya.

Khairy juga akan mewakili Sabah dalam sukan olahraga ParaSukma bersama Oliver nanti. Satu pegangan yang mereka sehati, dalam menjalani kehidupan sebagai OKU, yang paling penting sekali adalah tidak berhenti maju ke hadapan.

“Kami tahu kami ada

kekurangan, kami sedar ada perbezaan, tapi kami juga punya kelebihan masingmasi­ng. Perkara yang paling penting kami sampaikan kepada rakan-rakan OKU yang putus harapan ialah ‘Move On’.

“Jika kita mampu dan ingin terus maju, kita tiada kurangnya berbanding orang lain,” jelas Oliver yang turut dipersetuj­ui Khairy dan Lissa.

Dalam keriuhan pengunjung ke Karnival OKU di Perpustaka­an Negeri itu, penulis sempat menemubual Heng Yok Wui, 43, yang berasal dari Luyang.

Dia yang sebelum ini berkerja di Semenanjun­g, pulang ke Sabah bagi memberikan pendidikan kepada anaknya Chen

Zai Sheng, 7, di Sekolah Kebangsaaa­n Pendidikan Khas Tuaran.

Menurut Heng, perkara pertama yang ibu bapa perlu lakukan adalah menerima kekurangan yang dihadapi anak mereka.

“Sekiranya kita mampu menerima kekurangan itu, kita akan dapat mencari jalan bagaimana untuk mereka tidak ketinggala­n dalam pendidikan mahupun aspek lain, sama seperti kanakkanak normal.

“Jika kita menafikan kekurangan ini, kita tidak akan dapat berikhtiar kemudahan dan peluang yang sebenarnya ada untuk mereka,” kongsinya.

Chen disahkan menghidap Familial Exudative Vitreoreti­nopathy (FEVR) ketika dia berumur tiga bulan. Mata kanannya tidak mampu melihat sementara penglihata­n mata kirinya sangat terhad.

“Selepas doktor mengesahka­n Chen menghidap FEVR, kami terus mencari jalan untuk membantuny­a. Salah satu adalah dengan pendidikan dan guru-guru menceritak­an Chen merupakan kanak-kanak yang sangat ceria dan senang bergaul di sekolah.

“Ia juga menjadi cabaran bagi saya untuk sentiasa mencari ruang dan peluang untuknya apabila dia dewasa kelak,” kongsinya.

Meski Chen baru memulakan pelajaran di sekolah rendah, Heng sudah mula membuat kajian mengenai haluan dan pekerjaan yang boleh diceburi anaknya suatu hari nanti.

Sementara Michelle Nicola Jianul, 37, dari Putatan juga merupakan seorang ibu yang aktif memberikan sokongan kepada anaknya Leia May, 13, yang menghidap CP.

“Pada mula Leia disahkan menghidap CP, saya berasa sangat sedih. Tetapi demi anak tersayang, saya terus mencari ikhtiar untuk dia belajar berdikari, memberikan pendidikan dan sentiasa menjaga kesihatan serta keselamata­nnya,” katanya. Kongsinya, sebagai ibu tidak seharusnya malu jika mempunyai anak istimewa. Tetapi yang perlu dilakukan ialah berikan sokongan dan dorongan agar mereka tidak merasa kurang daripada anak lain.

PENDIDIK PENYULUH JALAN

Tanpa mengenal penat dan lelah, kelihatan seorang guru setia di sisi pelajarnya. Ternyata 20 tahun pengalaman sebagai guru pendidikan khas tidak menjadi satu bebanan buat Arman Abdul Sani, 45, bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Badin, Tuaran.

SMK Badin merupakan sekolah pendidikan khas bagi kanak-kanak OKU penglihata­n samada sepenuhnya ataupun ‘low

vision’ (penglihata­n teruk). Menyediaka­n khidmat asrama kepada pelajar, seramai 15 pendidik sedia membantu dan mendidik kanak-kanak ini.

“Menjadi satu cabaran dan tanggungja­wab guru pendidikan khas bagi menyelaras­kan pengajaran dan pembelajar­an agar mereka tidak tercicir dengan pendidikan arus pedana.

“Meski mereka tidak seperti pelajar normal, tetapi mereka ini lebih mudah memahami pelajaran. Ikhtiar yang dilakukan ialah menukarkan buku teks kepada tulisan braille, mengajar mereka menggunaka­n mesin taip braille, gambar rajah bagi sains dijadikan dalam bentuk timbul agar mereka mudah faham.

“Ia merupakan pengorbana­n kami dan kami sangat berpuas hati melihat mereka berjaya. Setakat ini, sudah ramai pelajar kami yang berjaya melanjutka­n pelajaran ke menara gading dan ada juga yang sedang mengambil Ijazah Sarjana.

“Salah satu kebanggaan kami apabila salah seorang pelajar kami telah berjaya menjadi pensyarah dan mendapat Anugerah Pelajar DiRaja di Universiti Utara Malaysia,” kongsinya.

SMK Badin merupakan sambungan pengajian bagi Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Tuaran yang terletak di Jalan Ketiau, Putatan. Pada mulanya, sekolah ini terletak di Tuaran, tetapi telah diberikan bangunan baharu di Putatan pada 2014.

Stefanus Lucas, 26, dari Tamparuli merupakan salah seorang guru yang mendidik kanak-kanak di sekolah berkenaan. Beliau merupakan guru muzik dan juga Bahasa Malaysia di sekolah itu.

“Anak-anak ini banyak membantu saya dalam memahami keadaan mereka dan bagaimana mereka menjalani kehidupan seharian.

“Saya sangat berbangga dengan mereka kerana meski mempunyai kekurangan penglihata­n, terdapat beberapa orang antara pelajar saya yang mahir bermain keyboard sedangkan anakanak yang mampu melihat secara normal belum tentu berjaya mempelajar­inya,” kongsinya.

Arman dan Stefanus menyeru agar sekiranya ada ibu bapa yang mempunyai anak yang memerlukan pendidikan khas, berikan peluang kepada mereka untuk mencungkil bakat dan kemampuan mereka melalui sekolah.

MASYARAKAT DAN KERAJAAN PRIHATIN

Daripada jumlah 32,985 orang OKU yang berdaftar, seramai 2,556 ialah OKU pendengara­n, 2,902 OKU penglihata­n, OKU pertuturan seramai 290 orang, OKU fizikal seramai 9,909 orang, 13,420 OKU masalah pembelajar­an, 2,541 OKU mental dan 1,909 lagi OKU pelbagai.

Menurut Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Datuk Stephen Wong Tien Fatt, pelbagai program telah dan sedang dilaksanak­an bagi menyebar luas perkhidmat­an, peranan dan inisiatif dijalankan kerajaan.

Malah, bantuan kewangan turut dberikan seperti Elaun Pekerja Cacat kepada 1,378 orang penerima dengan perbelanja­an RM5.2 juta, bantuan OKU Tidak Berupaya Berkerja (BTB) seramai 1,272 penerima dengan belanja RM2.5juta, bantuan penjagaan OKU dan Pesakit Kronik Terlantar (BPT) seramai 2,152 orang penerima dengan belanja RM7.6juta dan Skim Bantuan Am (SBAM) kepada 4,330 orang penerima dengan perbelanja­an RM7.1 juta.

Dalam pada itu, terdapat 37 Pusat Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK), satu institusi Kompleks Pemulihan OKU (KPLOKU) dan lima buah Taman Didikan Kanak-kanak Kurang Upaya (TDKKKU) disediakan kerajaan di Sabah.

Tidak ketinggala­n bagi aspek pendidikan, Jabatan Perpustaka­an Negeri Sabah antara yang aktif membantu golongan OKU. Bukan sahaja kemudahan disediakan, tetapi mereka turut menyediaka­n buku-buku braille bagi membantu OKU penglihata­n.

“Perpustaka­an Negeri Sabah adalah yang pertama dan satu-satunya mengeluark­an Buku Tactile. Ia merupakan buku khas bagi kanak-kanak OKU penglihata­n berumur 12 tahun ke bawah,” kongsi Valerie Anthia Joseph, 30, yang bertugas sebagai Pembantu Perpustaka­an.

Buku Tactile adalah buku yang merangkumi cerita kanak-kanak menggunaka­n tulisan Braille dan terdapat gambar rajah timbul bagi membantu imaginasi dan pemahaman mereka mengenai cerita itu.

Selain itu, buku teks braille bagi dewasa dan mesin taip braille juga disediakan perpustaka­an negeri di tingkat 3, bahagian perkhidmat­an pembaca di mana mereka turut menyediaka­n khidmat bantuan bagi yang ingin belajar menggunaka­n mesin taip tersebut.

Tambahnya, Perpustaka­an Negeri juga sangat mengalualu­kan sukarelawa­n dalam membantu pembuatan buku tactile dan juga menerima jemputan bagi bengkel membuat buku itu.

KURANG UPAYA, MENGUPAYAK­AN

Meski mempunyai kekurangan jika dibandingk­an dengan orang biasa, setiap OKU ini sentiasa mempunyai kelebihan dalam aspek lain dan turut mampu menyumbang dalam kepakaran mereka.

Sebagai contoh, atlet paralimpik yang mengharumk­an nama negara Mohamad Rizuan Mohamad Puzi, Muhammad Ziyad Zolkefli dan Abdul Latif Romly.

Selain itu, Prof Dr Ismail Salleh sebagai OKU penglihata­n pertama yang melakar nama dalam Guinness Book of Records sebagai OKU pertama memperoleh ijazah kedoktoran. Beliau juga merupakan Senator Pakar Ekonomi OKU yang pertama di Malaysia.

Terdapat ramai lagi yang berjaya berbanding orang biasa seperti usahawan OKU Sukur Ibrahim, Zhariff Affandi dan Ruzimi Mohamed.

Terbukti, kekurangan yang mereka miliki ini tidak menghentik­an perjalanan mereka untuk terus maju malah ada yang lebih berjaya berbanding insan normal.

Justeru, golongan ini perlu lebih diiktiraf dan diberikan peluang dalam membukti kebolehan mereka berbanding didiskrimi­nasi oleh masyarakat.

 ??  ?? FRANCIS (tengah) bersama Khairy (dua kiri) dan Lissa (kiri) bergambar kenangan di Karnival OKU ‘We Are
All Special’. LISSA (kanan) berkongsi kisahnya ketika ditemubual. PERSEMBAHA­N muzik daripada kanak-kanak OKU penglihata­n selepas bengkel muzik berlangsun­g.
FRANCIS (tengah) bersama Khairy (dua kiri) dan Lissa (kiri) bergambar kenangan di Karnival OKU ‘We Are All Special’. LISSA (kanan) berkongsi kisahnya ketika ditemubual. PERSEMBAHA­N muzik daripada kanak-kanak OKU penglihata­n selepas bengkel muzik berlangsun­g.
 ??  ?? HENG (kiri) menemani anaknya Chen (kanan) di Karnival OKU
‘We Are All Special’. CONTOH Buku Tactile yang terdapat di Perpustaka­an Negeri Sabah. VALERIE (dua kanan) menunjukka­n Buku Tactile bagi membantu kanak-kanak OKU penglihata­n membaca dan memahami buku cerita dalam tulisan Braille.
HENG (kiri) menemani anaknya Chen (kanan) di Karnival OKU ‘We Are All Special’. CONTOH Buku Tactile yang terdapat di Perpustaka­an Negeri Sabah. VALERIE (dua kanan) menunjukka­n Buku Tactile bagi membantu kanak-kanak OKU penglihata­n membaca dan memahami buku cerita dalam tulisan Braille.
 ??  ?? MICHELLE (kanan) menemani anaknya Leia (kiri) sepanjang Karnival OKU berlangsun­g.
MICHELLE (kanan) menemani anaknya Leia (kiri) sepanjang Karnival OKU berlangsun­g.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia