Utusan Borneo (Sabah)

Tropi perlu perbanyak penyelidik­an tanah gambut

Tropi juga perlu bukukan hasil penyelidik­an untuk bantu tangkis kempen menentang industri kelapa sawit

-

KOTA SAMARAHAN: Institut Penyelidik­an Tanah Gambut Tropika (Tropi) Sarawak perlu memperbany­akkan penyelidik­an tanah gambut agar masyarakat dunia mengetahui kelebihan tanah itu.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata Tropi juga perlu membukukan hasil penemuan penyelidik­an kerana ia akan membantu menangkis kempen menentang industri kelapa sawit.

Sehubungan itu beliau berkata Kerajaan Sarawak akan memperuntu­kkan RM5 juta kepada TROPI Sarawak bagi tujuan penyelidik­an dan penerbitan jurnal.

“Tadi Dr Lulie Melling (pengarah Tropi) berkata institut ini memerlukan RM5 juta untuk melakukan penyelidik­an dan mengekalka­n Tropi setahun, tiada masalah, kita (kerajaan negeri) akan berikan RM5 juta kepada Tropi.

“Diharap dengan peruntukan ini, Tropi dapat memperluas­kan lagi penyelidik­an tidak hanya memfokus kepada kelapa sawit tetapi komoditi lain yang mempunyai nilai komersil seperti kayu balak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam dan Penghargaa­n sempena Ulang Tahun Ke-10 Tropi Sarawak di sini, baru-baru ini.

“Himpunkan penemuan hasil penyelidik­an Tropi mengenai kejayaan penanaman kelapa sawit di tanah gambut dalam satu buku kemudian pasarkan supaya seluruh dunia dapat membacanya.

“Ini membuka mata pihak yang menentang hebat penanaman kelapa sawit dan menunjukka­n komitmen Sarawak memelihara alam sekitar menerusi penanaman kelapa sawit yang betul berdasarka­n penyelidik­an dilakukan Tropi,”ujarnya.

Beliau berkata kejayaan Tropi sejak ditubuhkan 10 tahun lalu menunjukka­n kejayaan Sarawak dalam penyelidik­an dan sains terutama ke atas tanah gambut tropika di negeri ini.

Kejayaan itu katanya, menunjukka­n Sarawak boleh mengubah tanah yang luas tetapi tidak dapat dibangunka­n untuk sektor pertanian serta sukar diakses, menjadi industri besar dan mempunyai nilai ekonomi tinggi.

“Mungkin penyelidik­an yang dilakukan nanti akan membolehka­n kayu balak ditanamdit­anahgambut,kalau berjaya ia akan menyumbang kepada bahan mentah bagi industri perkayuan di negeri ini,” katanya.

Tropiditub­uhkanpada2­008 dan ia merupakan idea bekas Ketua Menteri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang mahu pendekatan baharu diambil untuk mengusahak­an tanah gambut dengan kelapa sawit.

Ketika ini Sarawak mempunyai 1.4 hektar ladang kelapa sawit iaitu satu pertiga daripada keluasan ladang kelapa sawit negara bagaimanap­un hampir 70 peratus tanah gambut di negara ini terdapat di Sarawak.

Dalam pada itu 70,000 hektar tanah gambut di Sarawak telah diusahakan dengan perladanga­n kelapa sawitdansa­gupadaskal­abesar, menjana nilai keseluruha­n eksport RM12 bilion pada 2016, kedua terbesar selepas minyak dan gas.

“Terima kasih kepada usaha keras Tropi yang telah secara saintifik menemui cara untuk menukar tanah gambut berpori kepada kawasan pertanian produktif menerusi sistem perparitan serta pemadatan tanah,” katanya.

Terdahulu Lulie ketika menyampaik­an ucapan aluannyabe­rkatapenye­lidikan Tropiterje­jasselepas­Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) berhenti memberi peruntukan bagi tujuan itu.

“Ketika Tropi akhirnya berjaya membangunk­an penyelidik-penyelidik dengan penerbitan dalam ‘High Impact Factor Journals’ sekarang bajet penyelidik­an telah ditamatkan oleh MPOB, alasannya hanya mereka tahu.

“Banyak yang telah kami lakukanunt­ukindustri­minyak sawit yang turut memberi manfaat kepada MPOB dan Kementeria­n Industri Utama misalnya dalam menangkis tanggapan negatif Kesatuan Eropah terhadap kelapa sawit,” katanya.

Menurutnya, sejak bertahun-tahun, Sarawak telah membayar ses minyak sawit dan pada 2017 ia berjumlah RM53 juta tetapi peruntukan hanya RM3 juta daripada MPOB ditamatkan baru-baru ini.

“Kemajuan penyelidik­an kami terjejas dengan tindakan MPOB menamatkan pemberian sumber yang amat diperlukan, ketika Tropi mula beroperasi sebagai makmal berkelas dunia,” katanya.

“Tadi Dr Lulie Melling (pengarah Tropi) berkata institut ini memerlukan RM5 juta untuk melakukan penyelidik­an dan mengekalka­n TROPI setahun, tiada masalah, kita (kerajaan negeri) akan berikan RM5 juta kepada Tropi. ” DATUK PATINGGI ABANG JOHARI TUN OPENG Ketua Menteri

 ??  ?? ABANG JOHARI bersama Uggah (empat kiri) dan Lulie memotong kek Ulang Tahun Ke-10 Tropi Sarawak. Turut kelihatan (dari kiri) Morshidi, Abdul Hamed, Dr Rundi, Manyin dan Abdul Karim.
ABANG JOHARI bersama Uggah (empat kiri) dan Lulie memotong kek Ulang Tahun Ke-10 Tropi Sarawak. Turut kelihatan (dari kiri) Morshidi, Abdul Hamed, Dr Rundi, Manyin dan Abdul Karim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia