Utusan Borneo (Sabah)

Kempen didik masyarakat cintai sungai, alam sekitar

-

MIRI: Dalam usaha mendidik dan meningkatk­an kesedaran masyarakat agar terus mencintai sungai dan alam sekitar, Majlis Bandaraya Miri (MBM) melancarka­n kempen ‘Sayangi Sungai Kita’ di sini pada petang Rabu.

Datuk Bandar MBM Adam Yii berkata kempen terbabit menjadi projek perintis melibatkan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK), agensi kerajaan dan penduduk tempatan.

“Kempen ini adalah untuk melaksanak­an usaha bersama dan melibatkan masyarakat setempat termasuk pelbagai agensi dan NGO berkaitan dalam memastikan Sungai Miri bersih.

“Padamasasa­ma,kitamahume­mpromosika­n dan mendidik serta meningkatk­an kesedaran masyarakat mengenai kepentinga­n menjaga alam sekitar dan mencintai sungai,” katanya pada sidang media di sini pada Rabu.

Menurut Yii, Kampung Wireless merupakan kawasan pertama bagi pelaksanaa­n kempen tersebut dengan mengadakan gotong-royong bersama penglibata­n penduduk kampung terbabit.

Katanya MBM menyediaka­n tong sampah bagi memudahkan penduduk kawasan terbabit membuang sampah di tempat disediakan.

Kempen ini dilaksanak­an secara berterusan iaitu kekerapan aktiviti gotong-royong diadakan sehingga mencapai tahap kebersihan memuaskan.

“Selain mengadakan gotong-royong bersama penduduk kampung, pelbagai agensi lain turut memainkan peranan masing-masing seperti mengadakan ceramah kempen terbabit, jerayawara mengenai kepentinga­n menjaga kebersihan sekitar dan kesan terhadap kesihatan, penyediaan poster serta aktiviti lain,” katanya.

Yii turut mengalu-alukan pelbagai NGO tampil bersama MBM bagi menjayakan kempen terbabit.

“Untuk kempen ini, kita turut menyasarka­n kawasan lain seperti Tudan dan Pujut Corner serta beberapa kawasan, justeru kita amat mengalukan penglibata­n pelbagai NGO di sini bersama menjayakan­nya.

“Ini bukanlah kempen dilaksanak­an sekali sahaja tetapi dijadikan sebagai kempen berterusan sehingga mencapai matlamat utama,” jelasnya.

Tambah Yii, MBM turut mengadakan program ‘Riverine Adoption’ yang menjadi antara aktiviti kempen bagi keberkesan­an kempen dilaksanak­an itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia