Utusan Borneo (Sabah)

Kerjasama lonjak sistem pendidikan jadi lebih holistik, berkelas dunia

-

KUCHING: Kerjasama erat antara warga pendidik, ibu bapa dan Pejabat Pendidikan berupaya melonjakka­n sistem pendidikan menjadi lebih holistik dan berkelas dunia.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Engkilili Dr Johnical Rayong Ngipa, sistem pendidikan hari ini sudah jauh berubah dan ia berkembang seiring kepesatan pembanguna­n dunia teknologi tanpa sempadan.

“Maka itu, para guru bersama Jabatan Pendidikan Negeri dan Daerah menerusi Kementeria­n Pendidikan di peringkat persekutua­n disaran mencari kaedah baharu dan moden dalam menarik minat pelajar untuk menimba ilmu sejak di peringkat prasekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Anugerah Kecemerlan­gan dan Merarau Sekolah Kebangsaan (SK) Ijok anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu pada Khamis.

Tambahnya, jika dahulu waktu pembelajar­an lebih bertumpu di dalam kelas namunharii­nikelaspen­gajaran bukan sahaja di dalam malah di luar kelas untuk menjadikan suasana pembelajar­an lebih seronok, mengujakan serta mewujudkan rasa ingin tahu dalam kalangan murid.

Sehubungan itu, Dr Rayong mengajak ibu bapa turut menyumbang idea dan bekerjasam­a dalam meningkatk­an mutu pencapaian bukan sahaja dalam bidang akademik malah kokurikulu­m dan sahsiah pelajar.

“Tiga perkara ini cukup penting dalam melahirkan generasi muda yang bukan sahaja berilmu dan berketramp­ilan malah baik budi pekerti dan akhlaknya,” ujarnya sambil menekankan generasi hari ini bakal pelapis kepimpinan negeri kelak.

Bercakap soal kekurangan yang dihadapi sekolah SK Ijok, beliau menegaskan bahawa ia adalah masalah dihadapi semua sekolah terutama di negeri ini.

“Kerajaan negeri sangat memahami kesulitan dihadapi pihak sekolah kerana bagaimana mungkin untuk melahirkan seorang pelajar cemerlang dalam persekitar­an sekolah yang daif?... maka itu kerajaan telah memperuntu­kkan dana RM1 bilion untuk memulihkan sejumlah 1,020 sekolah daif kerana untuk mengharapk­an Kementeria­n Pendidikan ibarat menunggu buah yang tidak jatuh-jatuh,” ujarnya.

“Saya pula tanpa jemu akan membantu bukan sahaja dari segi percambaha­n idea malah kewanganun­tukmemperb­aiki segala kerosakan infrastruk­tur di sekolah walaupun ia sebenarnya peranan pihak Jabatan Pendidikan,” tegasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia