Utusan Borneo (Sabah)

Peranan pendidikan berubah dengan jelas daripada fungsi tradisiona­lnya

-

SRI AMAN: Peranan pendidikan berubah dengan jelas daripada fungsi tradisiona­lnya, kata Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis.

Beliau berkata, pelajar bukan datang ke sekolah untuk belajar tetapi dididik sebagai pewaris negara agar menjadi modal insan berilmu dan berakhlak mulia.

“Ini selari dengan salah satu Bidang Keberhasil­an Utama Negara (NKRA) iaitu meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampu­an.

“Dalam konteks ini, NKRA merupakan satu inovasi dasar dan strategi ampuh merealisas­ikan hasrat untuk memantapka­n kualiti pendidikan negara,” katanya pada Majlis Anugerah Murid Cemerlang 2018 Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Aman di sini pada Khamis.

Harden berkata, masyarakat perlu bersedia melakukan pembaharua­n dan pembugaran dalam sistem pendidikan melalui inovasi dasar dan strategi berterusan.

Katanya,sistempend­idikan mesti sentiasa dinamik dan progresif serta bersedia melalui proses perubahan dan pembaharua­n seiring dengan peredaran zaman.

“Amat penting mempersiap generasi muda dengan keperluan abad ke21, justeru kita beranggapa­n penglibata­n ibu bapa dengan pembelajar­an anak-anak mereka berlaku secara semula jadi.

“Namun perubahan zaman dan cabaran semasa usaha bersepadu dan bersungguh­sungguh melalui satu kaedah perlu dilakukan semua lapisan masyarakat supaya dapat menyumbang kepada kejayaan anak-anak,” jelasnya.

Hadir sama wakil Pegawai Pendidikan Daerah Sri Aman Zainal Surat, Guru Besar SK Sri Aman Rogayah Rabaie, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Sri Aman Mostapha Tugo dan Penghulu Abdul Samad Rahim.

Harden turut mengumumka­n peruntukan 2019 berjumlah RM10,000 kepada PIBG SK Sri Aman manakala Prasekolah SK Sri Aman Kelas A, B dan C menerima peruntukan berjumlah RM2,000.

 ??  ?? HARDEN (tiga kiri) menyampaik­an Anugerah Khas Tokoh Nilam 2018 kepada Nur Aleeya Athirah sambil diperhatik­an Zainal (kiri), Rogayah (dua kiri) serta yang lain.
HARDEN (tiga kiri) menyampaik­an Anugerah Khas Tokoh Nilam 2018 kepada Nur Aleeya Athirah sambil diperhatik­an Zainal (kiri), Rogayah (dua kiri) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia