Utusan Borneo (Sabah)

Anugerah ‘MyHero 3.0’ dilancar iktiraf usaha individu pupuk perpaduan

- Oleh ADRIANA MROON AMBROSE

KUALA LUMPUR: Anugerah ‘MyHero 3.0’ dilancarka­n untuk mengiktira­f usaha murni seseorang individu dalam membantu rakan atau orang awam tanpa mengira kaum sekali gus memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Dianjurkan bersama Dewan Perniagaan dan Perusahaan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCCI) dan Nanyang Siang Pau, Anugerah ‘MyHero’ diperkenal­kan pada 2014.

Akhbar Utusan Borneo, See Hua Daily News, The Borneo Post, Orizon, Sinar Harian, The Sun dan Tamil Malar merupakan rakan media rasmi untuk anugerah Anugerah ‘MyHero 3.0’.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Bahagian Perpaduan Negara dan Kesejahter­aan Sosial, P.Waytha Moorthy dalam ucapannya berkata, penglibata­n media daripada empat bahasa amat penting kerana liputan dan penyampaia­n mesej positif dan nilai moral daripada caloncalon Anugerah MyHero dapat disampaika­n kepada seluruh lapisan masyarakat Malaysia.

“Saya menyeru agar seluruh rakan media menghebahk­an usaha MyHero kepada seluruh masyarakat melalui semua saluran media,”

“Laporan media mengenai pengalaman penerima anugerah MyHero boleh digunakan sebagai medium untuk mendidik masyarakat khususnya generasi muda mengenai kepentinga­n bertoleran­si,” katanya.

Teksucapan­beliaudiba­cakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (Perpaduan), Datuk Abdul Karim Abu Seman.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Cina Malaysia, Tan Sri Ter Leong Yap, Pengerusi Jawatankua­sa Penganjur Anugerah MyHero 3.0, Datuk Richard Lau Chi Chiang, Pengurus Bahan Pendidikan dan Pengarang Pendidikan Nanyang Siang Pau, Fan Tiong Sing.

Program ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan penyertaan perlulah menjelaska­n tentang jasa seseorang serta butiran terperinci tentang diri orang berkenaan serta pengirimny­a.

Penyertaan perlulah sampai kepada KLSCCCI selewatlew­atnya pada 22 Januari 2019 dan ianya terbuka kepada dua kategori iaitu kategori dewasa (19 tahun ke atas) dan Kategori Remaja (19 tahun ke bawah).

Bagi kategori dewasa, panel hakim akan memilih enam pemenang yang mempunyai kisah paling menyentuh perasaan dan para pemenang akan menerima hadiah RM5,000 serta trofi dan akan dilantik menjadi Duta Perpaduan Nasional oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.

Untuk Kategori Remaja pula, seorang pemenang akan dipilih dan akan memenangi hadiah wang tunai RM3000.

 ??  ?? TIMBALAN Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (Perpaduan), Datuk Abdul Karim Abu Seman (dua kanan) membuat gimik pelancaran pada Majlis Pelancaran Anugerah MyHero 3.0 di Wisma Chinese Chamber, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
TIMBALAN Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (Perpaduan), Datuk Abdul Karim Abu Seman (dua kanan) membuat gimik pelancaran pada Majlis Pelancaran Anugerah MyHero 3.0 di Wisma Chinese Chamber, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia