Utusan Borneo (Sabah)

Jualan Ulang Tahun 12.12 Shopee beri ganjaran kepada pengguna setia

-

KUCHING: Kehangatan Shopee 11.11 Big Sale (Jualan Hebat 11.11 Shopee) masih terasa, Shopee, platform e-dagang terulung di Asia Tenggara dan Taiwan merayakan ulang tahunnya dengan pelancaran Shopee 12.12 Birthday Sale (Jualan Ulang Tahun 12.12 Shopee).

Menurut kenyataan akhbar dari pihak Shopee, pihaknya telah memberi ganjaran kepada pengguna setia dan mengadakan promosi yang tiada tandingan; termasuk penghantar­an percuma dengan pembelian serendah RM12, pulangan tunai 120 peratus setiap hari, dan tawaran harian RM12 daripada Shopee Mall.

Sempena Shopee 12.12 Birthday Sale, Shopee mengumumka­n pelantikan rasmi ‘BLACKPINK’ sebagai duta jenama serantauny­a yang pertama.

Serentak dengan pelantikan itu, Kumpulan YG akan melancarka­n Kedai Rasmi YG di kesemua lima pasaran Shopee, termasuk Malaysia, pada 26 November.

Dengan itu, peminat K-pop senang untuk memperoleh pelbagai barangan rasmi YG di Shopee.

Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho berkata Shopee telah mengorak langkah besar pada tahun lepas dan mengukuhka­n kedudukan pihaknya sebagai platform e-dagang yang terulung di rantau ini.

“Sebagai sebahagian daripada perayaan ulang tahun ini, kami dengan sukacitany­a mengalualu­kan BLACKPINK ke dalam keluarga Shopee yang semakin membesar.

“Sebagai kumpulan muda bersemanga­t dan berbakat besar yang telah mencipta nama dalam arena muzik antarabang­sa, BLACKPINK memang sesuai mewakili nilainilai dan semangat jenama Shopee.

“Kami akan bekerjasam­a dengan mereka dan Kumpulan YG untuk menjayakan bersama inisiatif akan melibatkan pihak kami, selain menyatukan pengguna Shopee dari seluruh rantau.

Untuk menandakan pembukaann­ya di Shopee Malaysia, pengguna yang membeli mana-mana barangan daripada Kedai Rasmi YG dari 26 November hingga 2 Disember berpeluang untuk memenangi album BLACKPINK yang ditandatan­gani oleh kumpulan itu sendiri.

Shopee 12.12 Birthday Sale: Tawaran menarik tanpa henti sehingga 12 Disember nanti.

Di samping itu, pengguna boleh merebut peluang daripada 12 pusingan Shocking Sale (Jualan Mengejut) pada 26 November selama tiga hari berturut-turut dari 10 hingga 12 Disember.

Manakala permainan dalam aplikasi, Shopee Shake, yang sangat popular kembali untuk satu pusingan akhir pada 2018 dengan tawaran berjutajut­a syiling Shopee menjadi rebutan.

Jenama terkenal sertai perayaan ulang tahun Shopee dengan pelbagai promosi menarik.

Jenama terkenal seperti Philips, Fossil, MR DIY, Tefal, PETPET, L’Oreal Group, Watsons dan banyak lagi akan menyertai perayaan ulang tahun Shopee dengan diskaun sehingga 90 peratus, Shocking Sales, dan hadiahhadi­ah eksklusif.

RakanShope­edalamindu­stri, termasuk FPX, BInfinite, Krispy Kreme, dan Traveloka akan juga memberi ganjaran kepada pengguna semasa Shopee 12.12 Birthday Sale.

Untuk maklumat lanjut tentang Shopee 12.12 Birthday Sale, sila ke link mulai 22 November.

Muat turun aplikasi Shopee secara percuma di Apple App Store atau Google Play Store.

 ??  ?? ULANG tahunnya dengan pelancaran Shopee 12.12 Birthday Sale (Jualan Ulang Tahun 12.12 Shopee).
ULANG tahunnya dengan pelancaran Shopee 12.12 Birthday Sale (Jualan Ulang Tahun 12.12 Shopee).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia