Utusan Borneo (Sabah)

Filem pendek watak dirasuk akibat tersalah baca mantera ditayang 13-15 Dis

- Oleh HENRY BATING

FILEM pendek ‘Try Catch Me’ arahan Ariff Ramlee yang berunsur seram akan ditayang di Dewan Resital Universiti Malaysia Sabah (UMS) setiap malam pada 13-15 Disember depan.

Penolong pengarah Ameera Amanina berkata filem itu mengisahka­n seorang perempuan psiko yang dibawakan watak Priskilla dirasuk lalu ditimpa tragedi akibat salah seorang rakan tersalah membaca mantera.

“Perempuan psiko itu kemudian membalas dendam dan ramai menjadi mangsa,” katanya.

Menurutnya, pembikinan filem itu menjadi semakin mencabar ketika penggambar­an di lokasi bila mana Priskilla yang membawa watak dirasuk benar-benar dirasuk lalu berakibat tragedi.

“Tersalah membaca mantera adalah salah satu punca pelakon itu diganggu. Memang di dalam filem ini ada babak membaca mantera yang dibawa oleh pelakon utama, Risnurhazi­sah,” katanya sambil menjelaska­n mantera yang direka itu telah menimbulka­n terjadinya perkara sebenar.

Ameera menjelaska­n situasi gangguan makhluk halus itu dialami sendiri oleh pelakon dan kru, namun dapat diatasi dengan penglibata­n seorang ustaz yang tinggal berhampira­n lokasi penggambar­an.

Penggambar­an yang dikendalik­an Moonlight Pictures UMS itu merupakan kali kedua mengambil lokasi di Papar dan agak mencabar berbanding siri filem pertama.

Semasa penggambar­an terdapat beberapa kru produksi ditimpa masalah kesihatan, namun kejadian itu bukan penghalang untuk kru meneruskan produksi, malahan menjadi pendorong untuk terus berusaha sehingga selesai penggambar­an babak terakhir.

Beliau membayangk­an filem itu bukan sahaja telah menghantui para kru produksi tetapi juga bakal menghantui dewan penayangan nanti.

Harga tiket untuk menonton filem pendek itu ialah RM4 khasnya untuk pembeli 50 terawal di samping mendapat pakej istimewa.

 ??  ?? BABAK dirasuk semasa penggambar­an. (Kanan) Babak pemujaan oleh Risnurhazi­sah.
BABAK dirasuk semasa penggambar­an. (Kanan) Babak pemujaan oleh Risnurhazi­sah.
 ??  ??
 ??  ?? AMEERA
AMEERA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia