Utusan Borneo (Sabah)

Kasih anak angkat dalam drama bersiri ‘Aksara Kasih Ayah’

-

KISAH kasih sayang tulus di antara bukan darah daging iaitu seorang anak angkat dengan sebuah keluarga angkat dibawakan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dalam drama bersiri bertajuk ‘Aksara Kasih Ayah’, setiap Isnin hingga Ahad, jam 6.00 petang menerusi saluran TV Okey (Astro 109).

Menampilka­n pelakon Saufi Qahhar, Wafiy Ilhan, Zamarul Hisham, Izreen Azminda dan Awang Hamyzan, 13 episod drama ini memaparkan kisah kekeluarga­an yang realitinya berlaku dalam masyarakat kita bila mana seorang ayah itu jarang menunjukka­n rasa kasih kepada anak secara terangtera­ngan. Berbeza dengan ibu yang dilihat sangat mengambil berat kebajikan si anak.

Ia bermula dengan watak Badrul dan Aminah belum mempunyai anak setelah beberapa ketika mendirikan rumah tangga. Aminah mengidap sakit kanser dan pemeriksaa­n doktor terkini mengesahka­n yang kesihatan beliau semakin baik.

Beliau menyatakan hasratnya untuk mengambil anak angkat bagi menemaniny­a di rumah akibat kesunyian, namun tidak diendahkan Badrul.

Aminah berkongsi masalahnya Kak Mon yang merupakan seorang janda dengan 4 orang anak. Badrul sedar yang Aminah merajuk dengannya berkaitan isu anak angkat. Dia mengajak Kak Mon serta anakanakny­a ke rumah untuk menjamu mereka makan sebagai hadiah seorang anaknya berjaya memasuki sekolah berasrama dan juga untuk menggembir­akan Aminah.

Setelah dinasihati Hamid, Badrul akur dengan kehendak Aminah mendapatka­n anak angkat untuk mengubati kesunyian dirinya. Badrul akhirnya bersetuju dan mengajak Aminah ke pejabat Kebajikan Masyarakat untuk membuat permohonan anak angkat. Selepas beberapa ketika, Aminah gembira apabila permohonan mereka diluluskan.

Seorang anak lelaki berusia 10 tahun bernama Hilmi dari sebuah rumah anak yatim dipilih untuk dijadikan anak angkat Badrul dan Aminah. Hilmi telah dimaklumka­n oleh ustaz bahawa beliau akan berpindah ke rumah keluarga angkat yang baru. Hilmi sedih dengan keadaan berikut kerana beliau terpaksa berpisah dengan rakan-rakan beliau di rumah anak yatim tersebut.

Aminah sibuk siapkan bekalan makanan untuk Hilmi bawa ke sekolah. Badrul menghantar Hilmi ke sekolah dan beliau juga memberikan Hilmi wang belanja.

Hilmi menghulurk­an tangan untuk bersalam dan mencium tangan Badrul namun Badrul tidak menyambutn­ya, hanya mengusap kepala Hilmi. Keadaan sebegini sudah berlaku berulang kali seolah-olah Badrul belum menerima Hilmi dengan sepenuh hati. Aminah bersyukur mendapat anak seperti Hilmi yang rajin, taat serta cemerlang dalam pelajaran.

Beberapa ketika berlalu dan Hilmi sudah meningkat remaja. Suatu petang, Badrul memarahi dan memukul Hilmi kerana pulang lewat dari sekolah akibat menghadiri latihan bola sepak dan tidak menjaga ibunya yang sedang sakit.

Fikiran Badrul sedang kusut ketika itu memikirkan kesihatan Aminah. Hilmi memutuskan berhenti daripada bermain bola sepak. Tambahan pula Badrul juga membantah minatnya itu kerana mahu Hilmi menumpukan perhatian terhadap pelajaran.

Namun Hilmi kemudianny­a kembali bermain bola di atas permintaan Badrul dan dalam diam dia menghadiah­kan kasut bola baru untuk Hilmi. Sebaliknya Hilmi berterima kasih kepada ibunya kerana menyangka beliau yang membeli kasut bola tersebut.

Aminah gembira ketika mengambil keputusan peperiksaa­n Hilmi yang cemerlang di sekolah. Beliau menelefon Badrul dan meminta Badrul bercakap dengan Hilmi namun Badrul memberi alasan hendak menghantar buah.

Aminah berbincang tentang isu tersebut dengan Badrul dan Badrul menyatakan bahawa kasih sayang tidak perlu ditunjuk. Hilmi semakin meningkat remaja dan beliau tetap rajin serta taat.

Hilmi membelikan jam baru sebagai hadiah hari jadi ibunya dan ketika itu ibunya jatuh pengsan.

Doktor mendapati sel kanser wujud semula di dalam tubuh Aminah. Sikap Badrul berubah sering menyalahka­n Hilmi kerana tidak memberi perhatian kepada Aminah. Badrul juga menegur Aminah kerana sikapnya yang terlalu melayan dan manjakan Hilmi.

Aminah pula meminta Badrul agar tidak selalu memarahi Hilmi. Ketika itu Hilmi dan Badrul mula risau memikirkan kesihatan Aminah yang semakin merosot.

Hilmi lulus cemerlang dalam pelajaran dan berjaya masuk ke asrama. Aminah ternyata gembira dengan kejayaan tersebut manakala Badrul sekadar mengiakan sahaja.

Kesihatan Aminah semakin merosot dan akhirnya meninggal dunia. Situasi itu memberi kesan kepada Badrul dan Hilmi. Badrul terus-terusan menyalahka­n Hilmi kerana dianggap beban Aminah menjaganya selama ini.

Badrul seperti hilang semangat diserang angin ahmar dan Hilmi segera menghantar­nya ke hospital. Hilmi sentiasa menjaga dan menyediaka­n makanan untuk ayahnya walaupun pada mulanya tidak disukai oleh ayahnya.

Walaupun diherdik dan dimarahi, Hilmi tetap bersabar dan melayan ayahnya dengan baik. Masihkah ada ruang untuk keduanya membina kehidupan bahagia bersama?

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my).

 ??  ?? KASIH AYAH: Babak dalam ‘Aksara Kasih Ayah’.
KASIH AYAH: Babak dalam ‘Aksara Kasih Ayah’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia